Undang-undang digubal untuk dipatuhi oleh masyarakat di sesebuah kawasan, tidak kiralah terhadap sesiapa pun bahkan untuk para ‘adiwira’ juga. Mereka langsung tidak terkecuali ya!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sudah pun memasuki fasa kedua namun masih ada juga individu yang tidak mengendahkannya. Ini termasuklah adiwira Spiderman ini.
Baru-baru ini, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah memuat naik satu foto di Facebook yang menunjukkan seorang individu lengkap dengan sut Spiderman ditahan ekoran melanggar PKP.
Individu tersebut juga turut diarahkan untuk berehat di rumah. “Walaupun anda merasakan diri sebagai seorang adiwira, anda juga perlu patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan”.
“Ambil peluang untuk berehat di rumah bersama insan tersayang! Biar kami pula yang menjaga keselamatan anda. #SpidermanStayAtHome”, tulis kenyataan PDRM di laman rasmi Facebook mereka.
Situasi tersebut ternyata mencuri perhatian warga Facebook dan rata-ratanya meninggalkan komen berbaur pesanan buat si Spiderman yang terlibat.
PDRM arah untuk kekal di rumah, Spiderman ni pula ‘jauh daripada rumah’
PDRM/Facebook
Ini bukan tugas untuk adiwira, hanya polis sahaja mampu menanganinya..
PDRM/Facebook
Ya, seeloknya Spiderman ini pulang ke rumah dan ikuti arahan PKP
PDRM/Facebook
Sama-samalah kita memberi kerjasama buat petugas barisan hadapan. Kasihan mereka bekerja siang dan malam untuk memastikan semuanya mengikut arahan. Agak mudah sebenarnya untuk duduk di rumah jika dibandingkan dengan mereka. Jadi, ikuti arahan kerajaan ya!
Maybe you're interested :
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai
- Tesco gantung produk pembekal dari China ekoran dakwaan buruh paksa
- Berniat bantu pelajar yang kurang berkemampuan jalani kelas dalam talian, Ustaz Ebit Lew tawar gajet Samsung Galaxy Tab A secara percuma kepada pelajar yang benar-benar memerlukan