Selain di zoo agak sukar sebenarnya untuk kita melihat penguin dari arah dekat, hal ini kerana mereka tinggal di kawasan sejuk seperti di Kutub Selatan.

Melihat gaya mereka yang comel pasti ramai yang geram dengan kelucuan mereka. Lihat spesies ini berjalan sahaja sudah boleh buat kita tergelak.

Biasa kita lihat penguin di zoo, namun beberapa bulan lepas spesies ini telah ditemui di dalam sebuah kedai sushi berhampiran Stesen Wellington di ibu negara New Zealand.

Dua ekor anak penguin kecil dilihat sedang merayau-rayau di dalam dapur kedai sushi tersebut. Apabila ada orang mendekati mereka, kedua-duanya terus lari sepertinya mahu menyelamatkan diri. Memandangkan ‘larian’ mereka tidaklah selaju mana, mudah sahaja untuk pihak berkuasa menangkap mereka dan dibawa keluar dari kedai sushi itu.

Mereka dikatakan telah sesat di situ kerana mahu mencari tempat baru untuk membuat sarang. Mungkin kerana ketika itu cuaca sangat sejuk membuatkan mereka mahu mendapatkan tempat yang lebih hangat untuk berlindung.

Kehadiran dua ekor penguin itu disedari oleh pemilik restoran tersebut, Long Lin yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk ‘menangkap’ mereka dan mengembalikan mereka semula ke Pelabuhan Wellington.

Cocomy

Cocomy

Pihak berkuasa kemudian datang untuk mengambil dua ekor spesies ini. Dengan menggunakan umpan ikan salmon, salah seekor daripada penguin ini akhirnya berjaya ditangkap dan seekor lagi terus melarikan diri sebelum akhirnya ditangkap juga.

Sebelum mereka dikembalikan ke Pelabuhan Wellington kedua-dua ekor penguin ini diperiksa terlebih dahulu kalau-kalau mereka ada mengalami apa-apa kecederaan.

Cocomy

Nampaknya semua dalam keadaan baik dan sudah tiba masanya untuk mereka kembali semula ke tempat asal mereka.

Youtube

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular