Pernah melihat haiwan kesayangan anda ketika tidur? Pasti bermacam gaya dan gelagat mereka ketika lena bukan? Ada yang terlentang, sesuka hati tidur di atas katil atau sofa dan juga yang tidak kisah di mana mereka berada kerana apa yang penting mereka boleh tidur.
Baru-baru seorang netizen dari Jepun, @hachimonajin telah memuat naik sebuah status dengan gambar-gambar anjingnya yang sedang tidur lena. Lihat lah pipi tembamnya! Geram bukan? Tidak cukup dengan itu, siap ada bola kecil sebagai peneman tidur. Amboi…
Status tersebut telah menarik perhatian netizen di Twitter sehingga menerima lebih daripada 24,000 kali ‘retweet‘ dan telah disukai oleh hampir 60,000 orang di laman sosial itu.
じんの寝顔いつもこんな顔になってる?#秋田犬 #あきたいぬ #犬の寝顔 pic.twitter.com/5VMgwnkJPm
— 柴犬.秋田犬 はちモナじんくん (@hachimonajin) March 22, 2020
Orang ramai pastinya terhibur dengan gelagat dan aksi kedua-dua ekor anjing tersebut. Ramai juga antara netizen Twitter yang turut memuat naik gambar haiwan peliharaan mereka dengan pelbagai gaya tidur.
Lihat sendiri gelagat anjing yang sedang lena ini. Nampaknya tiada apa yang boleh mengganggu lenanya. Agak-agak dia sedang bermimpi apa ya?
じんくんもおはよう????
???#秋田犬 #あきたいぬ #秋田犬動画 pic.twitter.com/99qMso9gIN— 柴犬.秋田犬 はちモナじんくん (@hachimonajin) March 29, 2020
Maybe you're interested :