- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Mahu tidur selesa, anjing ini beralih pada rakannya untuk dijadikan ‘tilam dan bantal’ paling selesa buatnya beradu

Jika kita penat melakukan aktiviti seharian, waktu tidur di atas tilam yang empuk adalah merupakan sesuatu yang kita mahukan. Barulah selesa untuk berehat dan beradu, bukan? Nampaknya anjing juga begitu.

Setelah penat bermain dan berlari, mereka mahukan keselesaan. Jadi, sebelum melelapkan mata, mereka akan mencari tempat paling selesa untuk tidur bagi membolehkan tubuh mereka berehat dengan baik.

Brianna Gottfried [1]/Instagram

Itulah yang dilakukan oleh seekor anjing bernama Edna ini. Oleh kerana Edna dibesarkan di pusat penjagaan anjing, maka Edna terpaksa ‘bersaing’ dengan anjing yang lain bagi mendapatkan lokasi paling selesa untuk tidur.

Brianna Gottfried [1]/Instagram

Edna seakan sudah terbiasa dengan keadaan yang memaksa dirinya bersaing di situ, maka anjing bertompok coklat dan putih itu memutuskan untuk tidur di atas ‘tilam’ berbulu yang gebu, iaitu di atas anjing lain!

Brianna Gottfried [1]/Instagram

Berani juga Edna ini ya. Edna langsung tidak takut dengan anjing lain, bahkan anjing yang bersaiz lebih besar daripadanya juga turut menjadi ‘mangsa’ dan ‘tilamnya’ di situ. Mungkin masing-masing berasa selesa bersama.

Brianna Gottfried [1]/Instagram

Ketika Edna masih kecil, dirinya masih lagi mudah untuk tidur di atas anjing lain. Namun walaupun kini dirinya sudah besar, Edna masih tidak berhenti melakukannya. Malahan, rakan anjingnya di pusat itu juga tidak kisah sama sekali.

Brianna Gottfried [1]/Instagram

Sekiranya beraktiviti di luar, Edna kebiasannya akan tertidur pada salah seekor daripada rakan anjingnya dan pekerja di sana terpaksa mengejutkannya untuk kembali memasuki pusat penjagaan berkenaan.

Brianna Gottfried [1]/Instagram

“Apabila tiba masa untuk masuk semula, saya sering kali perlu mengangkatnya daripada anjing lain”, kata Brianna Gottfried selaku salah seorang pekerja di pusat tersebut.

Brianna Gottfried [1]/Instagram

Sememangnya Edna merupakan rakan dan peneman yang memberikan kegembiraan buat anjing-anjing di sana. Buktinya, anjing yang lain langsung tidak menolak dan sanggup menjadi ‘tilam empuk’ buat Edna lelap.

 

loading...