Apabila seekor anjing membuat keputusan sendiri untuk memelihara haiwan lain bagi pihak pemilik, sudah pasti ia menjadi satu keputusan yang akan membuat seorang tuan berasa berbelah bahagi.
Crosby anjing baka Golden Retriever yang suka berkawan. Sebelum ini, Crosby hidup harmoni bersama dua teman baik sejak kecil iaitu seekor kucing dan seekor anjing, tetapi selepas keduanya meninggal dunia, Crosby berasa amat sedih.
Seorang pengguna Imgur, Squishiepeachies iaitu pemilik Crosby menulis walaupun berada dalam kesedihan selepas kehilangan sahabat baik, Crosby terus berkelakuan baik-baik saja sebagai anjing peliharaan tunggal dan dia tidak menunjukkan wajah kesunyiannya.
Tetapi pada satu malam ketika Squishiepeachies pulang dari kerja, Crosby tiba-tiba berkelakuan pelik dan tidak menjadi dirinya sendiri.
Biasanya Crosby akan melompat keseronokan ketika menyambutnya, tetapi kali ini dia seperti berasa resah seakan mahu memberitahunya sesuatu yang penting, dan dia terus berusaha membawa Squishiepeachies ke bilik mandi.
Apabila akhirnya dia mengikut Crosby, Squishiepeachies menyedari anjingnya itu sebenarnya sangat teruja untuk menunjukkan kepadanya bahawa terdapat seekor anak kucing di dalam tab mandi yang tidak berhenti mengiau.
Squishiepeachies tidak pernah melihat kucing itu di mana-mana sebelum ini, dan pintu anjing di rumahnya terlalu tinggi dari tanah untuk anak kucing itu capai.
Kini cukup jelas, sebenarnya Crosby yang membawa pulang anak kucing itu kerana dia menyerupai sahabat baik Crosby yang telah pergi meninggalkannya sejak enam bulan lalu.
Squishiepeachies kemudian bertanya dahulu di kejiranan sekitar sama ada seseorang telah kehilangan anak kucing dan dia juga bertanya pendapat doktor haiwan.
Pemilik Crosby ini hanya mempunyai tiga pilihan iaitu meninggalkan anak kucing ini di luar dengan harapan dia akan pulang ke rumah sendiri, meninggalkannya di tempat perlindungan di mana kemungkinan kucing ini akan dipelihara orang lain, atau dia sendiri memeliharanya.
Memandangkan reaksi Crosby yang kelihatan sangat bangga apabila dia telah menyelamatkan seekor anak kucing, Squishiepeachies berasa amat kasihan dan tiada pilihan lain selain memutuskan untuk memeliharanya.
Akhirnya anak kucing betina berusia empat bulan itu kini mendapat rumah baru dan Crosby pula sangat gembira kerana dia mempunyai teman baik yang baru.
Bagaimana Crosby mendapat teman baik yang baru? Bukan tuannya yang memilih tetapi dia sendiri yang membuat pilihan dan keputusan bagi pihak tuannya.
Maybe you're interested :
- Parti Komunis China ambil organ daripada tahanan Muslim dalam kempen pembunuhan beramai-ramai
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan