Pesakit yang dijangkiti dengan virus PKC boleh menyebarkan penyakit sebelum menunjukkan gejala sedia ada, demikian penemuan penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Para penyelidik meneliti 243 kes di Singapura dari bulan Januari hingga Mac dan mengenal pasti tujuh kluster di mana “penjelasan yang paling mungkin” untuk kes-kes sekunder yang dijangkiti adalah ‘penghantaran jangkitan pra-simptomatik’ atau ‘presymptomatic transmission’.

Dalam satu laporan yang disiarkan pada minggu ini, CDC menamakan penghantaran jangkitan pra-simptomatik sebagai ‘penularan SARS-CoV-2 dari orang yang dijangkiti iaitu pesakit sumber kepada pesakit sekunder, sebelum pesakit sumber mengalami gejala.’

Spencer Platt /Getty Images

Jenis transmisi atau penghantaran itu dikenal pasti dengan melihat tarikh apabila pendedahan virus berlaku serta apabila gejala mula berkembang. Penyelidik perlu cuba untuk menolak pendedahan kepada sesiapa sahaja dengan COVID-19.

SARS-CoV-2 adalah nama teknikal untuk virus PKC (Parti Komunis China) yang biasanya dikenali sebagai novel coronavirus. Virus ini menjadi penyebab penyakit yang kini dipanggil pandemik COVID-19 yang boleh menyebabkan kematian. Gejala penyakit termasuk keletihan, demam, sesak nafas, dan cirit-birit.

Bukti-bukti penularan yang semakin berkembang daripada kes-kes asimptomatik atau tanpa gejala telah mendorong perintah berkurung lebih menyeluruh di Amerika Syarikat dikuatkuasakan dan meminta cadangan nasional untuk semua orang memakai topeng muka setiap kali mereka meninggalkan rumah.

“Kita perlu beranggapan bahawa walaupun kita berasa sihat, kita masih boleh dijangkiti dan boleh menjangkiti orang lain,” kata Pengarah Kesihatan Los Angeles County, Barbara Ferrer dalam satu taklimat pada Rabu.

Ini telah menyebabkan Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti memberitahu semua orang agar memakai topeng muka apabila keluar untuk membeli barangan runcit atau ubat-ubatan.

Gabenor Georgia Brian Kemp memberitahu wartawan pada hari yang sama bahawa alasannya mengumumkan bahawa semua orang harus duduk di rumah adalah kerana penemuan baru-baru ini yang melibatkan transmisi jangkitan virus daripada pesakit tanpa gejala (asimptomatik).

“Individu-individu itu mungkin boleh menjangkiti orang lain sebelum gejala penyakit mereka menjadi lebih buruk,” katanya.

“Tetapi kita tidak tahu sehingga tempoh masa 24 jam. Dan seperti Dr Kathleen Toomey memberitahu saya, ini akan menukar cara kita bertindak selepas ini,” kata Gabenor Brian Kemp.

“Sebanyak satu daripada empat pesakit tidak akan menunjukkan simptom atau gejala dan pesakit yang tidak menunjukkan simptom boleh menyebarkan virus itu selama tempoh 48 jam sebelum dia mula menunjukkan tanda-tanda dijangkiti penyakit itu,” kata Pengarah CDC Amerika Syarikat, Dr. Robert Redfield. 

Spencer Platt/Getty Images

Penemuan terbaru oleh pasukan penyelidik telah mendorong pegawai persekutuan untuk menimbang semula panduan yang memberitahu orang ramai untuk tidak memakai topeng muka kecuali mereka sakit atau mereka adalah kakitangan perubatan dan kesihatan.

Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan, Dr Stephen Hahn menyebut sejumlah orang yang telah dijangkiti virus PKC dan pulih tanpa mengetahui bahawa mereka memiliki virus itu, semasa sedang mengumumkan kelulusan ujian antibodi. 

Kajian CDC terhadap pesakit di Singapura mendapati 10 kes di mana penghantaran pra-simptomatik mungkin berlaku, atau 6.4 peratus daripada 157 kes di mana virus diperolehi secara tempatan. Penularan penghantaran jangkitan berlaku dalam masa satu hingga tiga hari sebelum gejala mula berkembang.

Penyelidikan tersebut menggariskan ‘peranan kritikal’ akan langkah-langkah penjarakan sosial termasuk menjauhi perhimpunan awam atau kumpulan orang ramai dalam membanteras penyebaran virus PKC.

“Untuk mengambil kira kemungkinan penghantaran jangkitan pra-simptomatik, para pegawai yang membangunkan protokol menjejaki hubungan kontak, juga harus mempertimbangkan beberapa perkara termasuk tempoh sebelum permulaan gejala,” tulis mereka.

Kewujudan transmisi sedemikian telah mematahkan strategi pengesanan kes awal dan kini turut mengesan serta menjejaki kesemua orang yang mempunyai kontak dengan pesakit yang baru ditemui.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular