- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Kucing montel dengan lidahnya yang terlebih jelir seperti mempersenda anda dengan kecomelannya

Pasangan Rich dan Emma dari Yorkshire, England amat bertuah kerana memiliki kucing peliharaan baka shorthair bernama Ikiru yang sangat comel dan berpenampilan unik lagi menghiburkan.

Wajah Ikiru yang montel dengan bulu coklat kopi susu gelap gebu bersama mata bulatnya yang besar berkaca, mencairkan hati sesiapa sahaja melihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [1] on

Tambahan kepada kecomelan Ikiru ialah apabila dia akan menjelirkan lidah merah jambu yang terlebih panjang dari masa ke masa, yang akan membuat anda tidak dapat mengelak daripada terus tersenyum sehingga ke telinga secara spontan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [2] on

Ikiru seperti mempersendakan anda dengan kecomelannya. Seperti berkata, “Anda semua ada comel dan miliki lidah macam saya?”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [3] on

Wajah comel Ikiru dengan lidah terjelir yang sentiasa mendapat perhatian di Instagram. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [4] on

Lebih 60,000 pengguna Instagram telah mengikuti laman Instagram milik Ikiru, neko.ikiru.san [5] yang dinamakan sempena salah satu filem pengarah legenda Jepun, Akira Kurosawa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [6] on

Ramai netizen yang melihat gambar-gambar Ikiru berasa bimbang sama ada kucing shorthair ini tidak sihatkah kerana dia sentiasa menjelirkan lidahnya seperti itu, pelik tidak seperti kucing lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [7] on

Rich dan Emma berkata, Ikiru sihat-sihat belaka. Mereka telah membawanya ke hospital haiwan dan bertanyakan doktor veterinar akan keadaan lidahnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [8] on

Doktor itu berkata keadaan giginya sihat dan baik-baik belaka, cuma tabiatnya sahaja apabila dia suka menjelirkan lidahnya yang terlebih panjang itu. Tiada masalah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [9] on

Ikiru bukan menjelirkan lidahnya sepanjang masa pun, cuma sekali sekala sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [10] on

Apabila dia teringin untuk berkelakuan pelik dan unik maka akan terjelirlah lidah itu, hanya satu hobi comel yang dapat menghiburkan hati tuan dan sesiapa sahaja yang mahu melihat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [11] on

Selain menjelirkan lidah, Ikiru juga suka menghiburkan Rich dan Emma dengan bermain sembunyi-sembunyi di dalam tuala, selimut dan kertas. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [12] on

Kadangkala Ikiru bersembunyi di sudut pintu bilik, memandang melalui mata bulatnya sambil menjelir lidah dengan kelakuan lucunya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [13] on

Apabila letih bermain, Ikiru tertidur dengan lidahnya yang terjelir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [14] on

Ekspresi wajah montel bersama lidah merah jambu itu sungguh lucu dan menghiburkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikiru (@neko.ikiru.san) [15] on

Kucing comel Ikiru dilahirkan ke dunia untuk menghiburkan anda dengan keletah lucunya setiap hari.

loading...