Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan Perdana Menteri pada bulan lalu secara tidak langsung telah menyebabkan orang ramai mula melakukan pembelian panik.

Ekoran rasa cemas, mereka membeli barangan melebihi keperluan harian. Antara makanan yang sering kehabisan stok di pasaraya dan kedai-kedai adalah roti.

Disebabkan sikap majoriti pengguna yang membuat pembelian panik terhadap roti, maka tidak semua pengguna dapat membelinya.

Baru-baru ini, gambar roti yang telah tamat tempoh telah dibuang begitu sahaja di tempat membuang sampah mencetuskan kemarahan netizen di dalam talian. Foto tersebut dikongsikan oleh @zambrisa di Twitter.

@zambrisa/Twitter

Berdasarkan foto tersebut, ia jelas menunjukkan dua bungkusan roti yang belum lagi dibuka telah dibuang. “Sikap tamak akhirnya membazir dan menyebabkan orang lain tidak dapat merasa”, tulis tweet tersebut.

Tergamak individu tersebut membuang roti walhal pihak Gardenia Bakeries Sdn Bhd sebelum ini telah memaklumkan bahawa pihaknya berusaha untuk melakukan pengeluaran produk pada kapasiti maksimum demi memenuhi permintaan pengguna.

Perkongsian foto berkenaan telah mendapat perhatian warga Twitter sehinggakan ia telah di-retweet sebanyak 39,9000 kali. Rata-rata pengguna berasa geram dan marah dengan tindakan individu yang membuang roti itu.

@zambrisa/Twitter

@zambrisa/Twitter

@zambrisa/Twitter

Namun sebenarnya kita boleh menyimpan roti lebih lama daripada tarikh luput yang tertera sekiranya kita menyimpan roti tersebut di dalam peti sejuk. Selagi mana kulat tidak kelihatan dan tumbuh, ia masih selamat dimakan.

Daripada membazir, adalah lebih baik untuk anda menyimpannya di dalam peti ais. Atau anda boleh ikuti perkongsian seorang lagi pengguna @nsbku11 dengan potong roti dalam saiz 1 inci lebar kemudian bakar untuk menjadikannya sebagai roti kering.

@iamaygg/Twitter

@iamaygg/Twitter

Sebelum membakar, sapukan marjerin terlebih dahulu dan sesudah kering dibakar, anda bolehlah taburkan gula padanya. Dengan cara ini, pembaziran dapat dielakkan, bukan? Malah dapat juga kita minum kopi atau teh cicah roti kering. Sedapnya!

Atau anda mungkin boleh menggunakan roti tersebut untuk dijadikan baja bunga

@zambrisa/Twitter

Selain itu, ia juga boleh dimanfaatkan kepada makhluk lain. Misalnya buat diberi makan ikan ataupun burung..

@zambrisa/Twitter

Jaminan kualiti makanan di rumah sebenarnya bergantung pada kita juga. Jika kita hanya membiarkan sesuatu produk makanan itu terdedah maka jangka hayat produk itu akan menjadi pendek – mudah rosak dan tercemar.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular