Dua lelaki dari Sungai Siput, Perak begitu terkesan teruk akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memilih untuk dipenjarakan selama 3 bulan kerana tidak mampu membayar denda selepas mereka ditangkap bersama kerana melanggar perintah itu.

Sin Chew Daily melaporkan, dua sahabat Chen, 45 tahun dan Zhong, 56 tahun adalah pekerja pengubahsuaian bumbung dengan upah sebanyak RM100 sehari.

Walau bagaimanapun, pendapatan harian itu terjejas teruk sejak PKP dikuatkuasakan menyebabkan mereka tiada pilihan selain keluar memancing untuk mendapatkan makanan sendiri bagi mengisi perut yang kelaparan.

Unsplash/Gambar Hiasan

Dilaporkan kedua sahabat ini pergi memancing ke sebuah kolam di Rimba Panjang pada kira-kira jam 5 petang pada 2 April tetapi telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac.

Chen dan Zhong dalam kenyataan pembelaan mereka di Mahkamah Majistret berkata bahawa mereka tidak mempunyai wang dan terpaksa keluar memancing supaya dapat makan.

Tujuan mereka keluar memancing adalah untuk kegunaan sendiri, tanpa niat untuk menjual tangkapan itu kepada orang lain.

Unsplash/Gambar Hiasan

Walau bagaimanapun, alasan itu tidak diterima majistret kerana Perintah Kawalan Pergerakan perlu dipatuhi dan oleh kerana tiada wang, mereka memilih untuk dipenjarakan selama 3 bulan dan bukannya membayar denda sebanyak RM1,000.

Benar-benar menyentuh hati apabila memikirkan berapa ramai orang yang terjejas teruk sumber pendapatannya dan diri sendiri disebabkan oleh PKP ketika kerajaan sedang berusaha membendung penularan pandemik COVID-19.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular