Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini telah memasuki Fasa 2. Oleh kerana pergerakan agak terbatas, maka segala aktiviti harian majoriti daripada kita juga turut terjejas.

Syukurlah pihak kerajaan ada membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang dilihat memberi manfaat kepada rakyat khasnya golongan yang memerlukan.

Namun apa agaknya nasib yang menimpa pada para pekerja asing yang mencari makan dan menetap di Malaysia? Sumber pendapatan mereka juga turut terjejas.

Memahami akan kesempitan yang dialami oleh golongan ini, seorang pengguna Twitter, @atashazmi ada berkongsi kisah bapanya yang mengambil inisiatif sendiri untuk membantu.

Menurut gadis berkenaan, bapanya bertindak dengan menghulurkan bantuan kepada sekumpulan warga Bangladesh.

@atashazmi/Twitter

Tambahnya, kebajikan para pekerja tersebut diabaikan oleh majikan malah mereka langsung tidak dibantu dan dibiarkan begitu sahaja.

Berdasarkan beberapa foto yang turut disertakan pada tweet tersebut, dapat dilihat beberapa bungkusan plastik yang dipenuhi dengan makanan.

@atashazmi/Twitter

Antara yang dilihat adalah tepung gandum, minyak masak, beras, telur dan makanan dalam tin. Murah hati sungguh bapa gadis ini, bukan?

@atashazmi/Twitter

Sehingga kini, tweet tersebut tular dan telah menerima lebih 12,000 retweet daripada warga Twitter. 

@atashazmi/Twitter

@atashazmi/Twitter

@atashazmi/Twitter

Ternyata ia merupakan satu usaha yang murni dan amat menyentuh hati. Ini kerana, warga asing juga merupakan manusia biasa seperti kita.

@atashazmi/Twitter

Mereka juga harus meneruskan kehidupan sama seperti kita. Bayangkan kita ditempat mereka, pasti gembira melihat keprihatinan sebegini.

Terima kasih diucapkan kepada bapa gadis ini. Semoga dalam kesempitan ini, ada rezeki mencurah-curah buat kita semua hendaknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular