Oleh kerana virus PKC (COVID-19) sedang berleluasa di seluruh dunia, kebanyakan negara di dunia telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan kesihatan bagi mengekang penularan wabak.

Perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan telah dilaksanakan oleh kebanyakan negara di dunia pada masa ini dengan melarang rakyat untuk keluar serta kekal duduk di rumah dan mematuhi perintah kuarantin daripada dijangkiti virus yang amat berbahaya itu.

Semasa semua orang tidak boleh keluar dari rumah tanpa alasan, pasangan dari Britain ini terlihat jirannya dari rumah sebelah telah mengingkari perintah berkurung kerajaan Britain dengan menyamar sebagai ‘orang belukar’.

YouTube/Paparan Skrin

Gelagat lucu jirannya itu telah disedari oleh pasangan ini di kejiranan mereka di Stevenage, Hertfordshire dan spontan mengambil kamera lalu merakamkan aksinya yang berjaya ‘melarikan diri’ daripada perintah kuarantin duduk di rumah dengan menyamar sebagai ‘belukar’.

Entah dari mana dia berjaya mendapat pakaian belukar itu, aksi dan gayanya menyelinap keluar dari rumah sebagai orang belukar amat melucukan sehingga menarik perhatian lebih 20 juta netizen yang menonton video ini di laman sosial.

YouTube/Paparan Skrin

Menurut pasangan Nicholas Murray dan Madeline Mai-Davies, pada mulanya mereka yang menjenguk dari tingkap rumah mendapati terdapat belukar di rumah sebelah yang bergerak-gerak dan kelihatan pelik walaupun tiada angin ketika itu.

Mereka terus memerhatikan belukar itu dan menyedari rupa-rupanya jiran sebelah rumah sedang cuba melarikan diri daripada perintah berkurung dengan menyamar sebagai belukar.

YouTube/Paparan Skrin

Nicholas dan Madeline tidak dapat menahan rasa geli hati untuk terus tergelak apabila melihat aksi lucu jirannya yang cuba mempersenda perintah berkurung itu. 

Setelah mencapai kamera, mereka berjaya merakam aksi jiran ini duduk mencangkung bersembunyi di sebelah pokok dan selepas itu berlari terkedek-kedek seperti watak kartun dengan pakaian belukarnya untuk melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

YouTube/Paparan Skrin

Penyamarannya sangat realistik pada sangkaannya. Apabila terserempak pihak berkuasa, dia mungkin boleh bersatu bersama pokok dan belukar dan tiada siapa yang akan perasan yang dia adalah orang yang sedang melarikan diri daripada perintah berkurung selagi dia tidak bergerak.

Sungguh melucukan… Siap berguling-guling lagi…

YouTube/Paparan Skrin

Sungguh bosan duduk di rumah, maka inilah jadinya…

YouTube/Paparan Skrin

Beberapa netizen tidak dapat menahan ketawa mereka sambil ada yang memberi komen, “Dia rasa macam berada dalam PUBG ke apa?”

YouTube/Paparan Skrin

Mungkin jiran Nicholas dan Madeline ini hanya bertindak sedemikian untuk menghiburkan hati orang lain yang kebanyakannya melalui perasaan yang sama sepertinya, bosan duduk di rumah.

Jadi, jika anda kebosanan atau mungkin sedang kemurungan, maka tersenyumlah dengan menonton video yang amat melucukan ini di bawah:

YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular