Bermula 1 April 2020, rakyat yang layak untuk mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dibenarkan untuk membuat semakan status kelulusan permohonan di laman rasmi BPN di pautan https://bpn.hasil.gov.my/.

Bantuan yang disalurkan ini merupakan inisiatif kerajaan untuk golongan B40 dan M40 menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin).

Bagaimanapun, di kala kerajaan sedang berusaha untuk menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban rakyat, masih ada segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan sindiket penipuan demi memerangkap mangsanya.

Baru-baru ini, tular satu penipuan (scam) yang dihantar menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada penerima-penerima BPN.

Facebook

Menerusi mesej tersebut, pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba menjerat mangsanya dengan meminta beberapa maklumat peribadi seperti nama bank, nombor akaun bank, identiti peribadi beserta kata laluan bagi tujuan ‘mengemaskini’ maklumat.

Lebih meragukan lagi, mesej tersebut turut menyatakan bahawa pembayaran bantuan ini akan disalurkan ke akaun penerima dalam tempoh 24 jam sahaja.

Penularan SMS berbaur penipuan ini bagaimanapun disangkal oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memberi peringatan kepada masyarakat Malaysia supaya tidak sesekali memberikan maklumat peribadi kepada orang lain tanpa sebarang usul-periksa.

“Pastikan SMS yang diterima adalah dari nombor 62000 atau 63833 sahaja. LHDN tidak akan meminta maklumat peribadi dan perbankan menerusi SMS”.

Facebook

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Saiful Azly Kamaruddin menyatakan bahawa pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada orang ramai yang menjadi mangsa kepada sindiket penipuan terbabit.

“Bagaimanapun kami ada menjalankan pemantauan terutama di media sosial mengenai kewujudan mesej atau laman sesawang daripada sindiket penipuan berkaitan BPN. Orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan LHDN sekiranya ada mesej atau laman sesawang yang menjurus kepada pihak berkenaan sebelum membuat sebarang transaksi,” kata Saiful.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular