Pernahkah anda mendengar tentang biji chia atau dalam bahasa Inggerisnya, chia seed. Untuk pengetahuan anda, biji chia merupakan bijian kecil berwarna hitam yang berasal dari sejenis tumbuhan Salvia hispanica.

Gambar Hiasan/VisualHunt

Meskipun bersaiz kecil, biji chia ini memiliki pelbagai khasiat yang dapat memberikan manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia. Disebabkan itulah, biji chia juga digelar sebagai makanan ‘super’ kerana merupakan sumber bagi omega-3, antioksidan, serat, zat besi dan juga kalsium.

Berikut merupakan beberapa faedah yang dapat diperolehi dengan mengamalkan biji chia.

#1 Membantu menurunkan berat badan

Gambar Hiasan/VisualHunt

Kandungan serat yang tinggi dalam biji chia berupaya dalam melancarkan pencernaan sekali gus memudahkan berat badan turun dengan lebih cepat.

Pada masa yang sama, biji chia membantu mengeluarkan sisa makanan dengan cepat. Penyimpanan sisa makanan di dalam badan boleh menyebabkan penambahan lemak yang juga akan meningkatkan berat badan. Selain itu, kandungan protein di dalam biji chia juga mampu membuatkan anda kenyang dan tidak mudah berasa lapar.

#2 Menurunkan kadar kolesterol

Gambar Hiasan/VisualHunt

Kolesterol memiliki perkaitan yang sangat rapat dengan kesihatan jantung. Jika kadar kolesterol jahat (LDL) terlampau tinggi, maka seseorang akan berisiko terkena penyakit jantung hingga lumpuh.

Bagaimanapun, kandungan omega-3 dalam biji chia berfungsi meningkatkan tahap kesihatan jantung, mengurangkan tekanan darah di samping mengurangkan risiko degupan jantung yang tidak teratur.

#3 Menguatkan tulang dan gigi

Gambar Hiasan/VisualHunt

Biji chia kaya dengan kalsium, magnesium, kalium, dan fosfor yang penting bagi pertumbuhan tulang. Nutrien ini juga mampu meningkatkan kekuatan otot dan sendi. Jika anda mengamalkan pengambilan biji chia secara rutin, anda dapat memelihara kekuatan otot dan sendi.

Malah, pengambilan biju chia secara rutin juga dipercayai sebagai salah satu cara bagi memperbaiki kalsium untuk tulang dan gigi sekali gus menguatkannya.

#4 Mencegah kanser

Gambar Hiasan/VisualHunt

Biji chia bermanfaat dalam mencegah dan melawan sel-sel kanser. Bijian ini merupakan sumber antioksida yang tinggi sehingga mampu menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel.

Anda boleh mengambil biji chia secara rutin untuk mengurangi risiko segala jenis kanser. Sebagai contoh, anda boleh menikmati biji chia dalam hidangan salad buah yang juga mampu memberikan pelbagai manfaat lain yang diperlukan tubuh.

#5 Memelihara kulit

Gambar Hiasan/VisualHunt

Selain bermanfaat untuk kesihatan dalaman, biji chia juga memberikan manfaat kecantikan seperti mencegah penuaan. Siapa sahaja yang tidak mahu kelihatan awet muda sentiasa bukan?

Biji chia juga mampu mengurangkan gejala seperti perubahan warna kulit, kedutan, bintik hitam, garis harus dan sebagainya.

Selain itu, kandungan lemak omega-3 pada biji chia juga terbukti mampu mengurangkan kekeringan dan radang pada kulit. Di samping itu, satu penyelidikan di Manchester mengenai manfaat biji chia turut mendapati ianya membantu melindungi kulit anda dari radiasi atau sinaran UV.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular