KUALA LUMPUR- Akademi Perubatan Malaysia bersama dengan 11 kolej perubatan profesional bersama-sama telah menandatangani sebuah cadangan untuk menggesa bazar Ramadan tahun ini dibatalkan berikutan ancaman wabak COVID-19 yang masih berterusan.

Gesaan ini dilakukan selepas merujuk kepada kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui Malay Mail pada 31 Mac lalu yang mengatakan bahawa kementerian tidak akan membatalkan bazar Ramadan tetapi akan cuba untuk mengawal pergerakan orang ramai di gerai-gerai.

Academy of Medicine of Malaysia

Menurut beliau lagi, bazar akan diubah suai untuk mengelakkan kesesakan di gerai-gerai. Walau bagaimanapun, Akademi Perubatan Malaysia berpendapat adalah mustahil untuk melaksanakan jarak sosial yang memuaskan memandangkan kesesakan yang pasti berlaku di bazar Ramadan.

Tidak hanya itu, pasti akan berlaku kontak rapat antara orang ramai yang dalam perjalanan, yang berada di kawasan tempat letak kereta dan antara pelanggan dan peniaga.

Perkara ini berpotensi untuk membuatkan gelombang ketiga jangkitan berlaku. Memandangkan jumlah kes setiap hari adalah masih menunjukkan angka tiga, jadi ia menunjukkan bahawa rantaian virus ini masih berlaku dalam kalangan masyarakat yang tidak diketahui.

Oleh itu, mereka menggesa pihak kementerian untuk memastikan bahawa ‘perniagaan tidak diteruskan seperti biasa’. Sebaliknya melakukan alternatif seperti bazar Ramadan dalam talian dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran untuk mengurangkan risiko jangkitan dan meminimumkan kesan ekonomi kepada peniaga kecil.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular