Seorang netizen dari Jepun merakamkan beberapa gambar yang diambilnya dari Nasu Animal Kingdom di Wilayah Tochigi, Jepun dan ia adalah gambar sekumpulan kucing kecil yang sangat comel.

Bukan calang-calang baka kucing tetapi mereka adalah kumpulan kucing spesies unik dan jarang ditemui dikenali kucing pasir atau kucing padang pasir.

Spesies kucing pasir atau nama saintifik Felis margarita juga dikenali sebagai ‘sand cat’ atau ‘sand dune cat’ biasanya mendiami kawasan gurun di Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika, merupakan spesies kucing terkecil di dunia.

YouTube/Paparan Skrin

Kecil-kecil cili padi, kucing liar ini nampak sangat comel dan pemalu tetapi kemahiran memburunya jangan sesekali dipandang rendah atau diperkecilkan.

Oleh kerana habitat kucing ini adalah di kawasan padang pasir yang biasanya kawasan gurun yang bersuhu panas dan mencabar, maka makanan utama haiwan ini adalah reptilia cicak dan ular.

@nakprstaff/Twitter

Kucing pasir amat comel dengan bulunya yang berwarna coklat susu cerah yang sangat lembut bersama mata bulatnya yang kehijauan.

Kebiasaan saiz kucing ini adalah 50 sentimeter dan ekornya sepanjang 30 sentimeter. Beratnya pula dalam lingkungan 2.7 kilogram bagi seekor kucing padang pasir dewasa.

@nakprstaff/Twitter

Walaupun saiznya lebih kurang sama dengan kucing peliharaan di rumah, kucing pasir adalah haiwan pemangsa yang gemar memakan daging seperti cicak, ular dan burung.

Apa yang membuat kucing pasir nampak comel selain matanya hijaunya yang bulat ialah telinga dan kepalanya yang lebih besar daripada badan.

YouTube/Paparan Skrin

Pada bahagian kaki kucing pasir dengan ototnya yang kental bersama tapak kaki tebal terdapat dua jalur selari coklat kopi, yang menambah kecomelan serta keunikannya.

Kucing pasir biasa hidup bebas meliar di kawasan gurun dengan ketahanan suhu antara 5°Celsius hingga 52°Celsius.

@nakprstaff/Twitter

Oleh kerana tapak kakinya sangat tebal, penampilan itu membantu kucing pasir bergerak dengan selesa di kawasan gurun yang panas serta memudahkannya mengejar mangsa dengan kelajuan larian antara 30 hingga 40 kilometer sejam.

Kucing pasir melindungi dirinya dari sinaran terik matahari dengan mengorek lubang di padang pasir atau belukar yang dijadikan habitat atau tempat persembunyiannya. Kucing pasir akan berehat di dalam pasir sehingga matahari terbenam dan selepas itu barulah mereka akan keluar bermain atau memburu mangsa.

@nakprstaff/Twitter

Oleh kerana kucing ini gemar memakan daging, mereka jarang meminum air kerana biasanya cecair badan itu diperolehi daripada mangsanya.

Kucing pasir tidak mengiau seperti kucing biasa kerana apabila mendengar bunyinya, ia seakan seperti bunyi menyalak atau yodel.

YouTube/Paparan Skrin

Salah satu kemahiran paling berani kucing pasir ialah bakatnya dalam menangkap dan membunuh ular. Tandukan kucing pasir yang deras dan kuat mampu membunuh reptilia berbisa itu.

Walaupun nampak comel, kucing pasir tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan disebabkan statusnya sebagai haiwan pemangsa dan haiwan ini dikategorikan sebagai spesies hampir terancam oleh IUCN berikutan populasinya yang rendah dan semakin menurun.

@nakprstaff/Twitter

Selain berada di habitat semula jadi di kawasan gurun yang rasanya anda jarang temui, kucing padang pasir hanya dapat ditemui di zoo terpilih sahaja pada hari ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular