Sistem pengudaraan yang bersih dan nyaman adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kesihatan yang terkawal.

Hal ini adalah kerana, selain daripada tempat kerja, rumah adalah tempat yang paling banyak masa diluangkan. Jadi, pengudaraan yang bersih sememangnya perlu agar kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang baik.

Salah satu cara untuk mendapatkan tahap pengudaraan yang baik dalam sesuatu kawasan adalah dengan menggunakan mesin penapis udara. Oleh itu, menerusi entri ini, kami akan berkongsi 10 manfaat penggunaan mesin penapis udara di rumah.

Semoga bermanfaat!

Gambar hiasan/Unsplash

1. Mengawal gejala asma dengan menapis habuk dari udara

Penyakit asma boleh berlaku apabila dada berasa sesak sehingga menyukarkan proses pernafasan. Seperti yang kita sedia maklum, penyakit asma cenderung untuk menjadi semakin teruk apabila terdedah dengan sumber alahan tertentu seperti bulu-bulu haiwan, debu, dan spora.

Oleh itu, penggunaan mesin penapis udara berupaya untuk menyekat kebebasan elemen-elemen berbahaya ini dalam udara sesuatu ruang. Jadi, tahap kesihatan penghuni rumah akan kekal selamat.

2. Mengurangkan risiko pendedahan kepada virus dan penyakit

Memiliki mesin penapis udara dalam sesuatu ruang juga berupaya membantu sekatan penyebaran bakteria di dalam rumah. Dengan udara yang bersih dan telah ditapis, golongan berisiko tinggi seperti orang tua, orang yang mempunyai antibodi lemah, dan mereka yang terdedah kepada virus dan penyakit dapat bergerak bebas tanpa apa-apa kerisauan.

Hal ini adalah kerana virus biasanya tersebar melalui udara, terutamanya melalui partikel air dalam bersin dan batuk. Walaupun mesin penapis udara tidak dapat menghalang sepenuhnya kewujudan virus, namun, sekurang-kurangnya alat ini dapat mengurangkan risiko penyakit.

Gambar hiasan/Unsplash

3. Membantu mengurangkan alahan dengan menapis udara daripada perengsa

Sama ada kita sedar atau tidak, kehidupan kita sebenarnya sentiasa dikelilingi oleh alergen yang berpotensi untuk memberikan kita alahan. Hal ini tidak kiralah sama ada di luar rumah atau di dalam rumah kita sendiri. Oleh itu, dengan menghapuskan zarah-zarah jahat dalam udara yang disebabkan oleh sumber seperti haiwan, debunga, habuk, dan spora acuan, anda boleh menurunkan tahap alergen di rumah anda.

Disinilah fungsi mesin penapis udara. Mesin ini akan menapis zarah-zarah yang berkeliaran dalam udara di sesuatu kawasan yang seterusnya memastikan anda boleh bernafas dalam udara segar dan tidak terdedah kepada penyakit.

4. Membantu membersihkan udara isi rumah yang mengandungi asap rokok atau asap dari api terbuka

Sama ada anda sendiri adalah seorang perokok, anda hidup dengan perokok atau rumah anda terdedah pada asap api terbuka, anda secara tidak langsung telah terdedah kepada udara yang mengandungi pelbagai peringkat karbon monoksida – atau dalam hal asap rokok, bahan kimia berbahaya. Asap rokok boleh menyebabkan kesan sampingan kesihatan yang serius seperti bronkitis dan asma.  

Oleh itu, mesin penapis udara boleh membantu untuk menghapuskan bahagian asap yang berbahaya. Penapis udara HEPA misalnya boleh menghapuskan lebih daripada separuh zarah yang rosak yang dihasilkan oleh asap rokok yang terperangkap dalam penapis. Ini juga membantu menghapuskan faktor risiko perokok pasif, yang boleh terjadi sekiranya ada hidup dengan seorang perokok dalam satu ruang yang sama.

Gambar hiasan/Unsplash

 5. Membantu menapis gas semulajadi di rumah yang terkumpul apabila sesuatu ruang tidak mempunyai aliran udara keluar

Kita sentiasa dikelilingi oleh gas asli yang dihasilkan oleh bahan organik, sama ada karbon monoksida dari nafas kita sendiri atau radon yang dikeluarkan dari persekitaran kita (seperti dari tanah, batu, dan air). Walau bagaimanapun, gas semulajadi yang terkumpul ini boleh memberi kesan yang berbahaya, seperti radon.

Radon memasuki rumah dan ruang kerja melalui ruang di antara lantai dan retakan di batu bata dan plaster yang boleh menjadi masalah jika anda tinggal di kawasan yang kaya dengan radon. Dengan penggunaan penapis udara, toksin daripada gas ini tidak dapat berkumpul di dalam rumah kerana mesin penapis udara membantu untuk sentiasa menapis zarah dalam udara dan seterusnya memastikan kelancaran aliran udara dalam sesuatu ruang.

6. Membantu mengurangkan tahap karbon dioksida di rumah

Rumah kita mengandungi tahap karbon dioksida yang dihasilkan dari nafas kita (serta nafas haiwan peliharaan kita). Sekiranya anda tidak melepaskan keluar udara dalam rumah anda, kuantiti karbon dioksida ini akan terkumpul. Ini seterusnya membawa kepada rasa mengantuk dan sakit kepala kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Dengan penggunaan mesin penapis udara, udara segar akan sentiasa beredar dalam rumah, yang bermaksud kandungan oksigen akan lebih tinggi. Hal ini akan menurunkan tahap karbon monoksida secara berkesan dan meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan anda semasa berada di rumah.

Gambar hiasan/Unsplash

7. Sangat baik untuk mengurangkan bau di sekitar rumah dengan memastikan udara sentiasa segar

Kadang-kala, apabila kita memasak, terdapat bau yang seolah-olah terperangkap dalam ruang di rumah. Jadi, untuk menghilangkan bau yang tidak enak ini, mesin penapis udara boleh membantu anda untuk melakukannya. 

Sama ada bau ini hanya menimbulkan rasa tidak senang atau menimbulkan ancaman kesihatan yang lebih serius, iaitu menyebabkan alahan dan asma, mesin penapis udara semestinya boleh membantu anda untuk menghirup udara yang segar sepanjang masa.

8. Membantu menghalau serangga berisiko dari sekitar rumah

Penapis udara dapat menyingkirkan serangga dan pepijat yang sukar untuk dihapuskan seperti hama debu dan nyamuk. Kedua-duanya amat menjengkelkan, tetapi nyamuk lebih berbahaya kerana boleh membawa risiko tambahan penularan penyakit.

Oleh itu, anda boleh menghapuskan serangga-serangga ini dengan berkesan dengan penggunaan mesin penapis udara. 

Gambar hiasan/Unsplash

9. Mengurangkan pencemaran udara luaran yang berpunca dari ekzos diesel

Lazimnya, apabila kita berniat untuk mendapatkan aliran udara yang segar, kita cenderung untuk membuka tingkap dan pintu rumah. Bagaimanapun, tanpa kita sedari, tindakan ini malangnya boleh membawa masuk udara luar yang bertoksik yang mengandungi bahan dari ekzos kenderaan.

Zarah yang dihasilkan oleh enjin kenderaan diesel telah terbukti mempunyai kesan kesihatan yang ketara, seperti yang diingatkan oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia). Oleh itu, penggunaan mesin penapis udara berupaya untuk mengurangkan kesan pencemaran ini di dalam rumah, kerana penapis udara berfungsi untuk menapis zarah yang berada dalam udara agar penghuni rumah kekal sihat.

10. Membantu meningkatkan tahap mood dengan memberi anda udara yang segar 

Telah dibuktikan bahawa penggunaan penapis udara boleh membawa kepada suasana yang lebih positif kerana anda menjadi kurang gelisah ketika bernafas dalam udara bersih. Ramai daripada kita yang mengalami kemurungan atau gangguan afektif bermusim (SAD), bagaimanapun, dengan menggunakan penapis udara boleh membantu meningkatkan mood anda.

Disamping itu, penggunakan penapis udara “pengionan” yang menghasilkan “ion negatif” adalah digalakkan kerana alat ini dicipta untuk meningkatkan mood pengguna.

Jelas sekali, udara yang segar boleh membantu kita untuk menjalani kehidupan yang lebih produktif dengan jaminan mood yang baik agar segala urusan boleh berjalan dengan lancar. Oleh itu, jangan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan mesin penapis udara, ya!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular