Akibat pandemik global virus PKC (COVID-19) yang sedang melanda dunia, seluruh masyarakat menghadapi kesukaran untuk bergerak dengan bebas membeli keperluan harian seperti barangan runcit dan makanan.

Di sesetengah tempat, terdapat pembelian panik sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan kerajaan sehingga menyebabkan golongan yang lebih memerlukan seperti warga emas tidak dapat membeli barangan keperluan harian mereka.

Dua remaja bersahabat Sam Hornsby dan Matty Perry berusia 17 tahun dari United Kingdom melihat sendiri insiden bagaimana seorang warga emas yang ingin membeli barangan runcit di sebuah pasaraya tidak dapat berbuat demikian kerana kebanyakan barangan makanan telah kehabisan.

Gambar Hiasan | Mario Tama/Getty Images

Sambil menolak troli yang kosong dan akhirnya hanya dapat membeli sebungkus tepung di tangannya, warga emas ini pulang ke rumah dengan perasaan hampa.

Selepas melihat bagaimana sukar golongan warga emas membeli keperluan harian sendiri ketika musim wabak, dua sahabat ini membuat keputusan untuk mengeluarkan kesemua simpanan duit poket yang diberi ibu bapa mereka, untuk membeli barangan runcit dan mengedarkannya ke rumah warga emas yang tinggal sendirian di kejiranan mereka.

YouTube/Paparan Skrin

Kata mereka, “Kami tidak fikirkan apa-apa sangat, tetapi bayangkan bagaimana perasaan kami apabila melihat datuk dan nenek sendiri melalui situasi seperti itu. Orang tua yang tidak berdaya ingin membeli keperluan hariannya yang biasa tetapi semuanya telah kehabisan, sungguh memilukan.”

Jadi, Sam dan Matty telah membelikan barangan keperluan harian berupa bahan makanan asas serta keperluan penting lain dan meletakkan ke dalam 10 bungkusan lalu mengedarkannya ke rumah warga emas yang memerlukan di kejiranan mereka.

Gambar Hiasan | Instagram – idalmiscooks4u

Hati mulia dua orang remaja ini telah menyentuh hati kebanyakan orang lain yang kemudian mendorong sesetengahnya untuk melakukan perkara sama kepada golongan warga emas tinggal sendirian di kejiranan mereka.

Situasi pandemik global telah menyebabkan semua orang terpaksa duduk di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial serta menjauhkan diri masing-masing daripada mendekati satu sama lain. Namun, hati yang baik itu tidak pernah jauh dan sentiasa dekat kerana ia berada di mana-mana. 

YouTube/Paparan Skrin

Sam dan Matty menjadi teladan remaja terbaik memupuk semangat kejiranan, dengan sikap prihatin dan kesopanan mereka kepada golongan tua benar-benar menyentuh hati. 

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular