KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa. Menurut kenyataan yang dikeluarkan melalui laman web dan Facebook rasmi.

Pos Malaysia memberitahu bahawa perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa digantung buat sementara waktu disebabkan oleh gangguan perkhidmatan kepada semua negara destinasi kecuali China, Hong Kong, Jepun, Singapura dan United Kingdom bermula pada 30 Mac 2020 sehingga notis lanjut.

Pos Malaysia

Menurut Pos Malaysia lagi, alasan di sebalik penggantungan perkhidmatan mereka adalah disebabkan oleh wabak yang semakin meningkat yang menyebabkan pembatalan penerbangan, penutupan lapangan terbang dan penguatkuasaan langkah-langkah pencegahan dari negara-negara destinasi yang bertindak untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular