- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Kucing yang pintar ini membuka sendiri bekas kedap udara dan menggigit setiap satu biskut di dalam bekas, pening dibuatnya!

Jika anda merupakan seorang pencinta haiwan, terutamanya kucing, anda pasti sudah maklum bahawa setiap kucing mempunyai ragam mereka masing-masing, sama seperti manusia juga.

Bagaimanapun, seekor kucing kesayangan milik Allison Riebel, yang dinamakan Nellie nampaknya begitu mencintai makanan.

Bukan hanya makanan kucing, malah, makanan manusia juga!

Cocomy [1]

Menurut Allison, Nellie sangat menyukai semua makanan yang wujud, sehinggakan Nellie sanggup belajar beberapa arahan supaya Nellie mendapat habuan selepas melakukannya.

Antara arahan yang Nellie belajar daripada Allison adalah arahan untuk duduk, membalas tepukan high five, dan bermain campak dan kutip barangan. Nampaknya, Nellie memang seekor kucing yang berdedikasi dalam mencapai matlamatnya iaitu makanan!

Cocomy [1]

Menurut Allison, Nellie sangat sukakan makanan sehingga Allison terpaksa menyembunyikan makanan miliknya agar Nellie tidak menjumpainya dan memakan semua makanannya. Bagaimanapun, tanpa pengetahuan Allison, Nellie sebenarnya adalah seekor haiwan yang bijak bestari.

Pada suatu hari, Allison telah membuat biskut untuk diberikan sebagai sumbangan amal anjuran Klinik Haiwan Liar Universiti Illinois. Selepas semuanya selesai, Allison telah menyimpan biskut-biskut berkenaan di dalam bekas kedap udara dan menganggap bahawa bekas itu sangat selamat.

Cocomy [1]

Malang buatnya apabila mendapati bahawa Nellie berjaya menemui biskut-biskut berkenaan dan malahan meninggalkan ‘tanda’ pada setiap keping biskut yang ada dalam bekas tersebut.

Tanda yang ditinggalkan oleh Nellie pada setiap keping biskut itu tidak lain tidak bukan adalah tanda gigitan, walaupun saiz gigitannya adalah berbeza-beza, namun setiap satunya kini tidak lagi boleh diberikan sebagai sumbangan!

Pening dibuatnya!

Cocomy [1]

“Saya tidak tahu bagaimana Nellie membuka bekas kedap udara itu. Nellie juga meletakkan biskut-biskut itu di atas lantai, kerana jika tidak, biskut tersebut akan pecah berderai, tetapi semua biskut itu masih dalam keadaan yang elok, setiap satunya. Cuma setiap satu biskut mempunyai kesan gigitan di bahagian tepi,” ulas Allison bercerita tentang ‘jenayah’ yang dilakukan oleh kucing kesayangannya.

Bagaimanapun, sama seperti kucing-kucing lain, Nellie langsung tidak menunjukkan rasa bersalah apabila perlakuannya diketahui. Malah, Nellie seperti berbangga dengan perlakuannya. Lucu!

Cocomy [1]

Kasihan Allison, nampaknya Allison perlu memikirkan cara lain untuk menghasilkan semula semua biskut dan memikirkan dengan lebih mendalam tentang cara untuk menyimpan semua biskut agar Nellie tidak menemuinya!

loading...