Pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memohon maaf di atas poster yang telah dimuat naik bari-baru ini selepas ianya telah dikritik hebat ekoran berbaur seksis.

KWPKM/Facebook

Berdasarkan poster terbabit, golongan wanita disarankan oleh pihak Kementerian untuk sentiasa berhias dan bersolek walaupun hanya berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

KWPKM/Facebook

Sementara itu, beberapa imej lain menunjukkan bahawa pergaduhan dalam perkahwinan semata-mata bergantung kepada watak isteri. Isteri juga diminta untuk menggunakan kata-kata lucu bernada Doraemon untuk meminta bantuan daripada suami.

KWPKM/Facebook

Datuk Saidatu Akhma Hassan selaku Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) berkata pihaknya memohon maaf jika poster yang dipaparkan itu didapati tidak bersesuaian dan menyentuh sensitiviti golongan tertentu.

“Kami mengambil maklum balas berhubung beberapa panduan untuk wanita yang dipromosikan semasa dalam tempoh PKP melalui poster yang disiarkan di media sosial kami”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by kpwkm (@kpwkm) on

KPWPKM/Instagram

“Pendekatan digunakan adalah untuk berkongsi kaedah dan amalan mengekalkan hubungan yang positif dalam keluarga dan ketika dalam fasa bekerja daripada rumah”, katanya.

Menurutnya, poster terbabit memaparkan panduan untuk duduk rumah bersama keluarga adalah antara amalan positif yang boleh diamalkan oleh orang ramai semasa tempoh PKP berjalan.

“Pihak kami menghebahkan panduan harian dan mesej positif dalam media sosial dengan kempen #wanitacegahcovid19 merangkumi pelbagai tema dengan matlamat untuk berkongsi maklumat kepada golongan wanita”.

Poster itu walau bagaimanapun telah dipadam daripada akaun rasmi Kementerian tersebut di laman media sosial. Beberapa kumpulan hak asasi manusia menentang kandungan poster berkenaan selain meminta menterinya, Datuk Seri Rina Harun untuk menarik balik poster itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular