Walaupun negara kini berhadapan dengan ancaman penularan wabak COVID-19, di mana rakyat diminta untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun ia sama sekali tidak ‘melemahkan’ usaha segelintir individu untuk terus melakukan jenayah.

Malah di saat ini, golongan berkenaan langsung tidak melepaskan peluang sebegini untuk terus mengambil kesempatan terhadap orang awam. Sebagai contoh satu kes ragut baru-baru ini yang berlaku di Klang.

Andrews Leong/Facebook

Menurut laporan Sin Chew Daily, seorang wanita berusia 44 tahun difahamkan sedang menunggu gilirannya untuk membeli topeng penutup muka dan hidung di luar sebuah farmasi yang terletak di Taman Bayu Perdana, Klang.

Oleh kerana mangsa beratur di bahagian luar farmasi yang kebetulan berdekatan dengan laluan jalan, maka dengan tidak semena-mena muncul individu lengkap memakai topi keledar secara tiba-tiba menarik beg tangan mangsa.

Andrews Leong/Facebook

Berdasarkan rakaman CCTV, sebuah motosikal sebelum itu dilihat melalui jalan di tepi farmasi berkenaan sebelum salah seorang daripada suspek dipercayai turun daripadanya untuk meragut mangsa.

Oleh kerana suspek menarik beg tangan dengan agak kuat, mangsa dilihat turut diseret hingga terjatuh ke jalan berkenaan sementara suspek pula berjaya melarikan diri bersama beg tangannya.

Andrews Leong/Facebook

Berikutan itu, mangsa difahamkan mengalami kecederaan pada bahagian kepala, lengan dan kaki. Antara barang peribadi miliknya yang dilarikan termasuklah kad pengenalan, wang tunai dan kad kredit.

Andrews Leong/Facebook

Buat masa ini, pihak berkuasa sedang menyiasat insiden ini dan mendapati bahawa penjenayah terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu manakala model dan jenis motosikal tersebut juga tidak dapat dipastikan.

Oleh yang demikian, jika anda di luar sana mempunyai sebarang info atau maklumat mengenai insiden ini diminta untuk menghubungi pihak polis secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Rakaman kejadian tersebut:

Andrews Leong/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular