- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Resipi mudah Kek Milo Kukus, guna 3 bahan segera siap tidak sampai sejam

Apabila anda duduk di rumah bersama keluarga sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April ini, pelbagai benda anda boleh lakukan termasuk mengasah kreativiti memasak dan mencuba resipi baru. 

Apa kata anda mencuba resipi Kek Milo Kukus paling mudah hasil perkongsian pengguna Facebook Hafiza Samijan [1] di bawah:

RESIPI KEK MILO KUKUS SEGERA

Kek Milo Kukus, tidak sampai sejam… Boleh siap! 

Sedap juga ya. Kalau anak asyik mengulang ambil. Itu tandanya sedaplah keknya bukan?

Bahan-bahan Kek Milo Kukus :

Saya TIDAK guna tepung, sebab tiada tepung di rumah.

Cara-cara penyediaan : 

1. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar. Kisar dengan kacau sebati semua bahan.

2. Anda tidak perlu tambah air kerana putih telur sudah bantu Milo itu bercampur rata semasa dikisar.

3. Masukkan campuran ke dalam bekas.

4. Kukus selama 30 minit… 

5. Kek Milo Kukus sudah siap!

Makan yang baru keluar dari peti ais lagi sedap. Serupa macam kek coklat rasanya. 

Resipi asal ada letak esen vanilla. Tapi tidak dapat letak sebab tidak ada dalam simpanan dapur. Guna apa yang ada, 3 bahan ini sahaja sudah cukup jadi Kek Milo Kukus yang lazat.

Selamat mencuba dan kekal duduk di rumah bersama keluarga tercinta!

loading...