Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir memasuki fasa keduanya bermula 1 April kelak. Oleh yang demikian, lanjutan tempoh PKP itu sudah pasti membuatkan para ibu bapa sudah kekeringan idea untuk menghiburkan anak masing-masing, bukan?
Jangan risau, kini anda semua boleh ‘membawa’ zoo ke rumah anda sendiri, dengan menggunakan teknlogi daripada Google Augmented Reality (AR). Menerusi panel carian Google, pengguna boleh mencari haiwan yang diinginkan.
Perkara ini mula dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Dietitian Fizah Sobri.
Dietitian Fizah Sobri/Facebook
Antara haiwan berkenaan adalah seperti singa, harimau, harimau bintang, ikan jerung, hedgehog, itik, penguin, serigala, ikan Angler, kambing, anjing, kuda, ular dan pelbagai lagi haiwan yang pasti mengujakan anak-anak anda.
Caranya mudah sahaja, taip sahaja nama haiwan pada panel carian Google menggunakan telefon pintar anda. Namun anda diingatkan untuk menaip nama haiwan menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya, turtle, shark, eagle dan sebagainya.
Setelah itu, anda dikehendaki untuk menekan ‘view in 3D’
Dietitian Fizah Sobri/Facebook
Kemudian akan muncul butang ‘view in your space’ klik padanya
Dietitian Fizah Sobri/Facebook
Sesudah itu, ikuti arahan seterusnya untuk mencari tapak yang bersesuai. Anda juga perlu menggerak-gerakkan telefon anda sehinggalah muncul haiwan yang dimaksudkan secara 3D!
Dietitian Fizah Sobri/Facebook
Dietitian Fizah Sobri/Facebook
Semasa mencari haiwan berkenaan di panel carian Google, kita juga turut disediakan maklumat berguna tentang haiwan berkenaan dan mungkin kita boleh sampaikan pada anak-anak kita. Menarik bukan?
Kebanyakan haiwan dengan model 3D di Google adalah spesies yang jarang atau terancam seperti panda gergasi, harimau, serigala atau harimau bintang. Namun terdapat juga haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, dan kura-kura.
Ciri ini disokong pada telefon pintar dan tablet Android dan iOS, yang menggunakan sistem operasi Android 7 ke atas dan juga iOS 11 ke atas. Antara haiwan yang tersenarai :
- Lion
- Tiger
- Cheetah
- Hedgehog
- Duck
- Emperor penguin
- Wolf
- Angler fish
- Goat
- Rottweiler
- Snakes
- Eagle
- Brown bear
- Alligator
- Horse
- Shetland pony
- Macaw
- Pug
- Turtle
- Cat
- Octopus
- Dog
Maybe you're interested :
- “Jika ada pertanyaan, sila tanyakan kepada kucing ini,” pemilik kedai selamba tinggalkan kedai kerana percaya ia akan dijaga oleh kucingnya
- Dakwa Parti Komunis China secara paksa ambil organ komuniti Uighur, aktivis desak siasatan dilakukan
- Tidak mahu membazir ikan peliharaan yang telah mati, wanita ini nekad masak sup ikan koi Jepun!