KUALA LUMPUR, 27 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi akan menawarkan internet percuma kepada semua pelanggan mereka. Perkara tersebut diumumkan oleh beliau semasa membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion.
Inisiatif dengan nilai RM600 juta tersebut merupakan antara pakej khas yang ditawarkan untuk rakyat yang terkesan akibat impak Virus PKC (COVID-19). Semua pelanggan pascabayar dan prabayar syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile bakal menikmati internet percuma 1GB sehari bermula pada 1 April sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 Apr 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP #prihatinrakyat
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) March 27, 2020
Menurut beliau lagi, tambahan sebanyak RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga memaklumkan bahawa perkhidmatan internet percuma itu boleh digunakan antara pukul 8.00 pagi dan 6.00 petang.
Terima kasih kepada kerajaan kerana begitu prihatin dengan rakyat. Marilah kita sama-sama nantikan internet percuma pada 1 April nanti. Pesan kami, gunakanlah internet percuma tersebut dengan berhemah.
*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.
Maybe you're interested :