Baru-baru ini, dilaporkan bahawa negara Sepanyol terpaksa memulangkan semua kit ujian Covid-19 kepada negara China selepas didapati bahawa kit ujian dari negara berkenaan menunjukkan keputusan ujian yang tidak tepat. Malah, lebih buruk lagi apabila kadar ketepatan kit ujian berkenaan hanyalah sebanyak 30% sahaja.

Gambar hiasan – Unsplash

Berikutan itu, negara Sepanyol yang kini merupakan negara kedua yang mempunyai kes kematian Covid-19 yang tertinggi selepas negara Itali memutuskan untuk memulangkan semula sebanyak 9,000 unit kit ujian berkenaan.

Gambar hiasan – Unsplash

Kedutaan China bagaimanapun dalam pembelaannya mengatakan bahawa kerajaan Sepanyol telah membeli kit ujian berkenaan dari sebuah syarikat yang tidak berlesen iaitu Shenzhen Bioeasy Biotechnology, yang mana syarikat ini tidak tersenarai dalam vendor yang diberi kuasa oleh kerajaan China.

Disamping itu, beliau juga menegaskan bahawa kesemua kit ujian berkenaan tidak dibeli secara langsung dari pengilang China, tetapi dari sebuah syarikat “bekalan di Sepanyol yang telah membelinya di China dan telah menyediakan dokumen kerja yang diperlukan.”

Gambar hiasan – Unsplash

Selain negara Sepanyol, Republik Czech juga dilaporkan menerima nasib yang serupa apabila laman web tempatan Expats.cz melaporkan bahawa “80 peratus daripada 150,000 kit ujian virus korona mudah alih dari China dihantar ke Republik Czech pada awal bulan ini sudah rosak.” 

Dikatakan bahawa kit ujian berkenaan dapat menunjukkan keputusan dalam jangka masa yang singkat iaitu dalam tempoh 10-15 minit tetapi malangnya keputusan yang dipaparkan adalah kurang tepat berbanding ujian lain. Disebabkan hal itu, republik berkenaan memutuskan untuk bergantung pada ujian makmal sahaja.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular