Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, kami pasti begitu ramai ibu bapa yang sudah ketandusan idea untuk memikirkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Jadi, untuk memastikan agar anak-anak tidak terlalu bosan dan ‘meragam’, mungkin anda boleh cuba menghasilkan resipi aiskrim coklat yang sangat mudah ini.

Semudah ABC, percayalah!

Berdasarkan perkongsian oleh Puan Eida Ilham menerusi laman Facebooknya, beliau ada berkongsi resipi aiskrim coklat yang sangat mudah untuk dihasilkan. Malah, bahan yang diperlukan juga adalah bergitu sedikit, 5 bahan sahaja!

Mari kita cuba!

Bahan-bahannya:

  1. 1 tin susu cair
  2. 4 sudu makan susu pekat
  3. 1 sudu teh esen vanilla
  4. 1 sudu makan ovallete (wajib ada untuk mendapatkan tekstur aiskrim)
  5. Setengah cawan serbuk coklat atau koko (boleh juga diganti dengan serbuk Milo)

Cara-caranya:

1. Campurkan semua bahan yang dinyatakan di dalam mesin pengisar dan kisarkan sehingga adunan menjadi gebu (kira-kira 5 minit kisaran)

2. Tuangkan adunan ke dalam bekas.

3. Taburkan chocolate rice di atas adunan aiskrim (sebagai hiasan, jika mahu)

4. Simpan adunan aiskrim coklat di alam peti sejuk beku semalaman.

Nampak menarik dan sangat mudah. Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular