Ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia telah menghalang perjalanan rakyat Malaysia dari mana-mana sempadan negara, termasuk Singapura dan akibatnya ramai warganegara Malaysia yang bekerja di sana telah terkandas sehingga tidak dapat pulang ke Malaysia.
Seorang netizen menyedari salah seorang jiran yang berada di hadapan rumahnya didapati tidak pulang ke rumah selama beberapa hari selepas PKP dikuatkuasakan.
Netizen Muhammad Faiz sedia maklum jirannya itu memelihara anjing dan dia sudah tidak diberi makan selama beberapa hari. Mujur rumah itu hanya berdekatan dan anjing tersebut dibiarkan di luar tanpa dirantai lalu beliau mengambil keputusan untuk memberinya makan sepanjang ketiadaan tuannya.
Muhammad Faiz mengandaikan jirannya itu yang bekerja di Singapura tidak dapat kembali ke Malaysia sebaik Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan dan oleh kerana Tambak Johor telah ditutup, kerana itu dia tidak dilihat selama beberapa hari.
Bimbang dan simpati dengan kebajikan anjing peliharaan jirannya, Muhammad Faiz memutuskan untuk mengusahakan supaya haiwan peliharaan itu mendapat makanan dan air yang mencukupi sehingga pemiliknya kembali pulang ke rumah.
Sejak itu, Muhammad Faiz telah membuat perjalanan harian ke rumah jirannya untuk menjaga makan minum anjing ini buat sementara supaya dia tidak akan kelaparan dan dahaga.
Dalam rakaman video yang dimuat naik olehnya, dapat dilihat bagaimana anjing itu berjalan perlahan-lahan ke arah Muhammad Faiz yang mendekati rumah jirannya dengan makanan anjing di tangan, meletakkan makanan itu di hadapan pintu pagar sebelum anjing kasihan ini memakannya.
Posting Muhammad Faiz bersama muat naik video itu, “Jiran depan rumah saya rasanya terkandas di Singapura, tidak dapat balik. Sekali dua kali saya beri makan anjing peliharaan dia ini… Dulu tengok saya pun tidak boleh, sekarang dia manja yang amat-amat…”
Video tular dengan lebih 10,000 perkongsian di Facebook telah menarik perhatian dan menyentuh hati rakyat Malaysia di seluruh negara dengan ramai yang memberi pujian dan berterima kasih atas sikap keprihatinan Muhammad Faiz.
Juga pada masa negara dan warganya menghadapi krisis, bantuan sesama jiran seperti ini amat dialu-alukan dan merupakan satu sikap terpuji tidak kira apa jua bangsa dan agama kita.
Kebaikan hati Muhanmad Faiz wajar dipuji terutama ketika jirannya sedang melalui masa yang amat sukar di negara orang. Diharap jirannya itu akan dapat kembali ke Malaysia setelah Perintah Kawalan Pergerakan berakhir selepas 14 April ini.
Tonton video menyentuh hati di bawah :
Maybe you're interested :
- Hubungan dengan Rejim Komunis China semakin rapat, penyebaran ‘virus PKC’ semakin teruk
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Ucapan perpisahan Trump : “Pergerakan kita hanya suatu permulaan”