Masihkah anda ingat akan patung lembut yang anda miliki ketika kecil dahulu? Umumnya, kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan sejak kecil sudah terbiasa diberikan dengan mainan patung lembut.
Ini kerana menurut pakar, mainan patung lembut itu mampu membantu bayi atau kanak-kanak menghadapi emosi kerana ia mewakili kebiasaan (familiarity) dan juga keyakinan (reassurance).
Gambar hiasan/Pexels
Ia adalah penting dalam membina keupayaan bayi untuk membiasakan diri tanpa kehadiran dan bantuan daripada ibu bapa. Bermacam-macam jenis patung lembut yang kita boleh dapati di pasaran.
Namun satu perkara lucu yang terjadi, di mana ia dikongsikan oleh seorang pengguna di Twitter yang menggunakan nama akaun @hayhuahua3.
阿嬤看見小鯊魚有牙太兇,給封上了 pic.twitter.com/eYRbGkoRab
— 不如吃茶去 (@hayhuahua3) March 18, 2020
Berdasarkan satu tweet yang dimuat naik oleh pengguna itu, neneknya berasa tidak berapa gembira dengan reka bentuk pada patung lembut ikan jerung daripada IKEA dan memutuskan untuk melakukan pengubahsuaian padanya.
BLÅHAJ/IKEA
BLÅHAJ/IKEA
Seperti yang kita perasan, patung tersebut pada asalnya mempunyai barisan gigi yang tajam. Namun ia dianggap agak ‘garang’, ganas dan menakutkan oleh nenek berkenaan.
Akhirnya, gigi tajam yang dimiliki oleh jerung itu berjaya diubahsuai. Menurut pengguna itu, neneknya difahamkan menjahit bahagian mulut jerung itu untuk menyembunyikan barisan giginya.
@hayhuahua3/Twitter
Hasilnya agak lucu lantas mengundang pelbagai reaksi warga Twitter. Sehingga kini, tweet tersebut telah di-retweet sebanyak 1,000 kali. Kasihan melihat jerung itu namun ia melucukan!
@hayhuahua3/Twitter
Daripada kelihatan gagah dan gembira, ikan jerung itu kelihatan sedih dan tidak berdaya. Walau apa pun, patung lembut ikan jerung berkenaan masih lagi kelihatan comel dan selesa untuk dipeluk, bukan?
Maybe you're interested :
- 21 tahun menderita penganiayaan Parti Komunis China, pengamal Falun Gong teguh pendirian meninggal dunia
- Tandas begitu kotor tiada siapa yang urus, beberapa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin Sabah berpakat membersihkannya sendiri
- Terbaring ‘nipis’ seperti permaidani, gambar kucing yang sedang menjalani ujian sinaran X. Lucu betul!