Lazimnya manusia memilih untuk membela kucing ataupun anjing namun tidak kurang juga ada sesetengah individu yang lebih sukakan burung.

Tidak dapat dinafikan bahawa burung sememangnya haiwan yang hebat dan pintar. Burung nuri misalnya, beberapa pakar ternyata mengakui kepintaran yang dimiliki oleh spesies burung ini.

Buktinya, kita boleh lihat menerusi satu rakaman video yang tular, menunjukkan seorang gadis bersama burung peliharaannya.

Gadis 11 tahun berkenaan, Kylee Bobbit, difahamkan telah lama merayu kepada ibu bapanya agar dibenarkan untuk membela burung nuri dan dia juga telah menyimpan wangnya sendiri bernilai USD1,715 (RM7,331) untuk mendapatkannya.

Kini, Kylee mempunyai hubungan yang sangat erat dengan burungnya, Penelope, yang tinggal di dalam sangkar yang terletak di dalam bilik Kylee. Penelope diajar untuk memberi ciuman buat Kylee, memegang pensil dan pelbagai lagi.

Bukan itu sahaja, Penelope bahkan turut diajar untuk mencabut gigi Kylee! Menerusi rakaman video di bawah, kita dapat saksikan Penelope memasukkan kepalanya ke dalam mulut Kylee lalu menarik sebatang gigi selepas beberapa saat.

Daily Mail UK/YouTube

Semuanya dilakukan di hadapan kamera. Sesudah menyelesaikan tugasannya, Penelope dilihat seakan mempamerkan gaya berpuas hati dan seakan tersenyum bangga dengan hasil kerjanya. Syabas Penelope!

Daily Mail UK/YouTube

Kylee yang berasal dari Lake St. Louis, Missouri berkata, “Saya menggoyang-goyangkan gigi saya dan Nell (Penelope) lazimnya suka meletakkan paruhnya di hadapan muka saya ketika memeluknya. Saya terfikir sama ada Nell boleh mencabut gigi saya”.

Menurut Kylee, tindakan itu langsung tidak menyakitinya memandangkan giginya itu sememangnya sudah longgar dan hampir tercabut. “Dia meletakkan kepalanya di dalam mulut saya. Pada mulanya dia hanya melihat gigi lain sebelum mencabut gigi yang dimaksudkan”.

Ternyata hubungan Kylee dengan burungnya yang berusia 1 tahun setengah itu amat erat. Mereka menghabiskan banyak masa bermain bersama, sebelum dan juga selepas Kylee pulang daripada sekolahnya.

Daily Mail UK/YouTube

“Penelope merupakan ‘bayi kecil’ saya dan saya amat sayangkannya. Saya menjaganya setiap hari. Dia merupakan rakan karib saya. Walaupun agak ‘gila’ namun dia agak lucu dan kadang kala pemalu. Saya suka berpelukan dengannya”, akhiri Kylee.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular