- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson sah positif Virus PKC (Covid-19)

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson disahkan positif Virus PKC (Covid-19) dan telah mengumumkan bahawa beliau akan menjalani kuarantin sendiri.

Menurutnya lagi, walaupun perlu mengkuarantin diri, beliau akan terus memimpin kerajaan melalui persidangan video dalam usaha memerangi Virus PKC (Covid-19).

Peter Summers/Getty Images

Johnson, 55, mengalami simptom ringan sehari selepas beliau menghadiri sesi soal jawab mingguan di Dewan Rakyat. 

“Saya mengalami beberapa simptom seperti suhu badan yang sedikit tinggi dan batuk yang berterusan.” katanya dalam video yang dimuat naik di Twitter [1] miliknya. 

Selepas dinasihatkan oleh pegawai perubatan, Johnson melakukan pemeriksaan dan mendapati beliau positif Virus PKC (Covid-19). Sejak itu, beliau bekerja dari rumah sebagai cara untuk menghentikan penyebaran virus dari rumah ke rumah.

Di akhir video tersebut, Johnson menyeru agar sama-sama memerangi virus ini dan mengingatkan orang ramai agar duduk di rumah dan selamatkan nyawa.

@BorisJohnson/Twitter [4]

Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

loading...