- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Industri bunga di Belanda terjejas teruk ekoran Virus PKC menyerang dunia

Musim bunga biasanya merupakan musim paling sibuk di Aalsmeer Flower Auction yang telah berlangsung selama lebih 100 tahun di Belanda, negara perdagangan bunga terbesar di dunia.

Terdapat bunga kekwa untuk Hari Easter, bunga ros untuk Hari Ibu dan bunga tulip mekar untuk semua orang.

Kini kebanyakan bunga ini iaitu kira-kira 80% terpaksa dimusnahkan. Virus PKC (COVID-19) telah menghentikan perniagaan dan penghantaran bunga ke seluruh dunia.

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

Dan kini kerajaan Belanda telah mengharamkan perhimpunan awam dalam sebarang bentuk dan saiz sehingga bulan Jun. Jadi, orang ramai jarang membeli bunga buat masa ini.

“Ini adalah situasi dramatik,” kata jurucakap Royal FloraHolland, Michel van Schie, koperasi penanam bunga terbesar di Belanda yang menjual kira-kira 12 bilion pohon dan bunga setiap tahun.

“Semakin lama hari menjadi semakin teruk,” katanya.

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

Belanda menyumbang hampir separuh daripada perdagangan dunia dalam produk florikultur dan 77% bebawang bunga dijual di seluruh dunia. 

Destinasi utama biasanya termasuk Jerman, United Kingdom, Perancis dan Itali. Eksport Belanda keseluruhannya bernilai USD6.7 bilion (RM29 bilion) dan sektor itu menyumbang kira-kira 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara, menurut Michel van Schie.

Sekarang pendapatan merosot sebanyak 85% sejak bulan lalu, kata jurucakap koperasi itu.

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

“Anda tidak boleh memesan bunga untuk berhenti berkembang. Dan anda tidak mungkin dapat menyimpannya dalam simpanan apabila kesemuanya tidak dijual, jadi ia akan merugi,” katanya.

Kemerosotan sektor industri bunga berlaku apabila Belanda dilanda penularan Virus PKC yang pesat. Setakat 26 Mac, sebanyak 6,438 kes positif dengan 356 kematian telah dilaporkan di Belanda akibat Virus PKC.

Michel van Schie berkata beberapa penanam bunga Belanda telah memberikan bunga-bunga mereka yang tidak terjual kepada hospital atau kepada orang ramai di jalanan.

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

Lebih daripada 150,000 orang bekerja di sektor florikultur, kebanyakannya dalam perniagaan milik keluarga yang telah beroperasi selama beberapa dekad lamanya.

“Ia akan menjadi bencana bagi masyarakat setempat jika semua perniagaan ini gulung tikar,” katanya.

Daniel van de Nouweland menjalankan syarikat Marjoland, salah satu daripada perniagaan bunga milik keluarga. Marjoland menanam ros merah, putih, merah jambu dan kuning di rumah hijau di Belanda selatan.

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

“Kami mempunyai tanaman bunga ros di dalam rumah hijau seluas 32 padang bola sepak,” kata van de Nouweland.

Syarikat ini pernah mengalami krisis kewangan 2008 dan jangkitan bakteria yang membunuh bertan-tan bunga rosnya.Tetapi krisis pandemik ini berbeza kerana Daniel van de Nouweland tidak tahu bila ia akan berakhir.

Marjoland hanya menjual kira-kira 30% daripada 170,000 bunga yang ditanamnya setiap hari. Selebihnya dia memberikannya untuk tujuan amal atau dihancurkan untuk digunakan sebagai bahan bakar biomas.

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

Melihat mesin menghancurkan kesemua bunga ros itu, Daniel berkata, “Adalah satu perkara paling sukar untuk dilihat, ketika anda bekerja keras untuk menanam dan menjaganya.”

Michel van Schie berkata koperasi Royal FloraHolland telah berbincang dengan kerajaan Belanda mengenai kelangsungan kewangan bagi penanam bunga seperti Marjoland.

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

“Jika tidak banyak permintaan, perniagaan ini akan bankrap. Ini akan merosakkan industri kami dengan cara yang sangat berat, bermakna ramai akan kehilangan pekerjaan dan perniagaan bunga adalah salah satu sumber pendapatan paling penting bagi ekonomi Belanda,” kata Michel van Schie.

Tonton video di bawah :

Nor Azlina Ali/Facebook [1]

Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar ke seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

loading...