Baru-baru ini, orang ramai mula berasa cemas apabila roti jenama Gardenia difahamkan tidak berupaya untuk menambahkan bekalan produk rotinya di pasaran.

Dalam satu kenyataan ringkas, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd berkata ia adalah disebabkan oleh pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia kini telah sampai ke tahap maksimum.

Gardenia KL/Facebook

“Kami ingin memaklumkan bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksimum. Oleh yang demikian, kami tidak dapat lagi menambahkan bekalan produk-produk kami di pasaran”.

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas kefahaman tuan/puan dan segala kesukaran yang timbul amatlah dikesali”, tulis kenyataan daripada pihak syarikat berkenaan yang tular di media sosial.

Walau bagaimanapun, pihak Gardenia pada 24 Mac telah memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa bekalan produk mereka itu tidak akan dihentikan.

Pengilang roti terkemuka tersebut dalam kenyataan ringkasnya menjelaskan bahawa penghantaran harian ke pasaraya dan kedai-kedai akan diteruskan seperti biasa.

Gardenia KL/Facebook

“Gardenia sentiasa bersama anda, dan kami ingin meyakinkan kepada anda bahawa Gardenia sedang melakukan yang terbaik, bekerja 24/7 untuk meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi keperluan pengguna”.

Syarikat berkenaan turut menggesa semua pihak agar kekal tenang dan hanya membeli produknya mengikut keperluan biasa dan penggunaan harian.

Difahamkan bahawa bukan sahaja produk roti daripada jenama berkenaan sahaja yang habis terjual, malah stok roti daripada keluaran jenama lain turut habis dijual di pasaraya dan di kedai-kedai.

Oleh yang demikian, anda di luar sana dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik dan membeli beberapa bungkusan roti. Sebelum membeli dengan banyak, ingat juga pada orang lain ya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular