MADRID – Kerajaan Sepanyol mengesahkan pada 25 Mac 2020 bahawa Timbalan Perdana Menteri Carmen Calvo telah disahkan positif jangkitan Virus PKC (COVID-19).

Menurut kenyataan media, Carmen Calvo, 63 tahun telah dimasukkan ke hospital pada Ahad, 22 Mac akibat masalah pernafasan dan beliau sebelum ini diuji negatif untuk virus itu. 

Timbalan Perdana Menteri itu diuji sekali lagi pada hari Selasa, 24 Mac dan keputusan diagnosis mengesahkan beliau positif jangkitan pandemik global itu. 

Carmen Calvo,Presidenta/Facebook

Carmen Calvo kini sedang menjalani rawatan dan tahap kesihatannya  dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Setakat 25 Mac 2020, Sepanyol telah mencatatkan 47,610 kes COVID-19 dengan jumlah 3,434 kematian yang disahkan.

Sepanyol menjadi negara kedua di Eropah mengalami krisis jangkitan COVID-19 terburuk selepas Itali.

Selain Timbalan Perdana Menteri Calvo, isteri Perdana Menteri Pedro Sanchez, María Begoña Gómez Fernández juga disahkan positif jangkitan virus itu pada 14 Mac.

Media tempatan turut melaporkan bahawa ibu bapa mentua Perdana Menteri Pedro Sanchez turut disahkan positif dijangkiti virus itu pada 21 Mac. 

Ketika ditanya mengenai status keluarganya oleh media Sepanyol ‘OkDiario’, Perdana Menteri Sanchez berkata, “Kebanyakan keluarga di negara ini kini mengalami keadaan yang sama. Tiada yang lebih penting selain memikirkan keluarga.”

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular