Bagi para pencinta haiwan yang ada memelihara haiwan peliharaan sendiri di rumah, haiwan-haiwan ini bukan hanya dianggap sebagai ‘teman bermain’, malah dianggap sebagai anggota keluarga mereka sendiri.

Seperti sebuah kisah yang sangat mengharukan ini.

Tujuh tahun yang lalu, seorang lelaki telah memutuskan untuk memelihara seekor anjing berbaka Labrador. Lelaki itu begitu sayangkan anjing peliharaannya itu sehinggakan dia tidak sanggup untuk melepaskannya walaupun setelah isterinya melahirkan anak sulung mereka.

Lelaki itu malahan menganggap bahawa anjing peliharaannya itu sebagai anak pertamanya. Disebabkan itu, anak lelaki pertamanya juga seperti menganggap bahawa anjing itu adalah seperti ahli keluarganya sendiri. Mana tidaknya, sejak dilahirkan, anjing itu telahpun ada bersamanya.

Anjing peliharaan keluarga ini adalah seekor anjing yang sangat bertanggungjawab. Anjing itu rela menjaga ‘adik’ lelakinya itu dengan setia. Namun, anjing itu juga perlukan masa riadahnya yang tersendiri. Jadi, setiap hari, anjing itu akan keluar berjalan-jalan sendirian sebelum pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pada suatu hari, anjing itu keluar berjalan-jalan dan tidak pulang ke rumah seperti biasa. Hal ini menyebabkan pemiliknya berasa sangat bimbang dan berusaha untuk mencari dan menjejaki anjing tersebut di sekitar kawasan perumahan mereka.

Tetapi, usaha mereka menemui jalan buntu. Anjing kesayangan mereka tidak ditemui.

Anak lelaki mereka, yang tidak tumpah seperti sahabat karib anjing itu juga berasa bimbang, dan tidak henti-henti bertanya keberadaan anjing itu.

Untuk menenangkannya, kedua ibu bapanya mencipta alasan bahawa anjing itu berada di rumah saudara mereka untuk beberapa hari dan akan pulang ke rumah mereka nanti.

Dua hari kemudian, jiran mereka memberitahu bahawa mereka ada terlihat seekor anjing berbaka sama berada di kawasan terdekat. Tanpa membuang masa, mereka pergi mencarinya dan doa mereka sekeluarga termakbul, kini anjing kesayangan mereka telah ditemui!

Sebaik sahaja melihat sosok tubuh anjing itu, si pemilik cilik segera memeluk anjing itu, dan menangis kerana terlalu bimbang serta dalam masa yang sama bersyukur kerana rakan karibnya telah pulang.

Situasi ini telah membuatkan ibu bapanya berasa terharu kerana mereka tidak menyangka bahawa hubungan antara anak mereka dengan anjing peliharaan mereka itu begitu bermakna sekali seperti itu.

Alahai, manis sungguh kisah ini!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular