Berikutan pengeluaran arahan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Rabu lalu (18 Mac) dan telah dilanjutkan sehingga pada 14 April ini.

Majoriti rakyat Malaysia mulai mengehadkan pergerakan di luar rumah selain mengamalkan penjarakan sosial. Semasa tempoh perintah ini berlangsung, rakyat dilihat mulai memaparkan aktiviti masing-masing di rumah.

Ada yang rajin mengasah bakat memasak dengan mencuba pelbagai resipi baharu, melakukan video-video lucu, meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti berfaedah dan juga melakukan senaman di rumah.

Meskipun ramai yang mula dilanda kebosanan melampau akibat larangan untuk keluar rumah, masih terdapat segelintir individu yang cuba untuk menjadikan pelaksanaan PKP oleh kerajaan ini sebagai satu majlis keraian.

Caranya dengan mengadakan konsert kecil yang disertai oleh penghuni-penghuni pangsapuri di ruang balkoni masing-masing!

ShaunaJoan/Facebook

Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 30 saat di Facebook ini, dapat dilihat betapa meriahnya suasana ‘konsert balkoni’ di mana para penghuninya menyanyikan lagu Saya Anak Malaysia beramai-ramai.

Hal ini membuktikan bahawa perintah kuarantin yang dilaksanakan tidak seharusnya memecahkan perpaduan antara kaum di Malaysia tetapi membuatkan kita semua berganding bahu demi memerangi virus Covid-19 yang mengancam nyawa.

ShaunaJoan/Facebook

Dalam video berkenaan juga, dapat dilihat beberapa penduduk yang menyalakan lampu di telefon masing-masing membuatkan suasana ini benar-benar seperti berada di sebuah konsert! Malah, individu yang ‘mengetuai’ konsert ini turut melaungkan kata-kata semangat kepada jiran tetangganya agar kekal berada di rumah.

ShaunaJoan/Facebook

Macam ini barulah rasa seronok duduk di rumah. Jadi, jangan jadikan PKP sebagai alasan untuk anda bermalasan sehingga dilanda kebosanan.

Gunakan kreativiti anda untuk menghiburkan diri sendiri dan orang sekeliling sambil menjaga jarak sosial. Semoga kita semua akan sentiasa dilindungi daripada dijangkiti wabak Covid-19.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular