Sewaktu musim Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula dari 18 Mac sehingga 14 April ini, ramai rakyat Malaysia yang mula gelisah disebabkan oleh larangan melibatkan diri dalam aktiviti di luar rumah.

Aktiviti yang terhad di dalam rumah telah membataskan pergerakan individu yang sudah biasa bekerja, melepak dan juga bersosial. Ada yang menghabiskan masa dengan mengasah kemahiran masakan, menghias rumah, meluangkan masa bersama keluarga dan juga menonton televisyen.

Namun, bagi golongan yang gemar bersenam di pusat gimnasium, PKP ini sudah semestinya menghalang minat mereka yang gemar mengeluarkan peluh. Lebih mengecewakan lagi, tiada alat kelengkapan dan peralatan bersenam di rumah membuatkan golongan ini jadi mati akal.

Nasib baik, bekas Menteri Belia dan Sukan iaitu YB Syed Saddiq telah memuat naik video dirinya sedang melakukan satu cabaran tekan tubi atau push-ups di laman Twitter yang kemudiannya menjadi ikutan orang ramai.

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang melakukan cubaan ini tetapi dengan cara yang lebih mencuit hati. Ternyata, rakyat Malaysia sebenarnya lucu-lucu belaka.

Melihat fenomena ‘Cabaran Syed Saddiq’ ini di Twitter pasti akan membuatkan anda semua tak kering gusi. Memang lucu habis! Kreatif sungguh rakyat Malaysia ya?

#1 Aduh sakitnya

@Schahir1/Twitter

#2 Macam tipu sahaja…

@wayzerdude/Twitter

#3 Siap boleh main tepuk amai-amai

@kaizukiiiiiiiii/Twitter

#4 Wow! Betul-betul hebat ni!

@aimansalim_/Twitter

#5 Main-main ya?

@HaissazcH/Twitter

#6 Siap boleh lap peluh lagi

@ayapsalvatore/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular