Perintah Kawalan Pergerakan sudah memasuki minggu pertama dan majoriti rakyat Malaysia semakin patuh dengan memilih untuk duduk di rumah walaupun masih terdapat sebilangan orang degil yang ingkar.

Sebagai sebahagian daripada perjuangan negara untuk membasmi wabak COVID-19 dengan bilangan kes yang semakin meningkat setiap hari, perintah dan rayuan kerajaan untuk duduk di rumah ke atas semua orang yang berada di Malaysia tidak kira warganegara atau rakyat asing wajib dipatuhi.

Mengapa semua orang mesti kekal duduk di rumah? Kerana ia dapat membantu pihak kerajaan mengawal bilangan kes berpotensi daripada terus tersebar kepada orang lain yang tidak berkenaan serta tidak bersalah seperti pasukan barisan hadapan yang bekerja keras siang dan malam demi memutuskan rangkaian wabak ini di khalayak umum.

Facebook/Gambar Hiasan

Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha keras menangani penularan pandemik ini dengan sumber mereka yang semakin berkurangan seperti kakitangan perubatan yang tidak mencukupi serta peralatan perubatan yang semakin kehabisan. 

Itu adalah tujuan utama mengapa seruan duduk di rumah telah diulang berkali-kali setiap hari, untuk menjaga diri kita daripada dijangkiti wabak serta membantu pasukan barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa sendiri ketika mengendalikan pesakit yang diuji positif jangkitan COVID-19 yang amat berbahaya ini tanpa peralatan perubatan yang mencukupi.

Sera Bagus/Facebook

Satu rakaman video yang tular menunjukkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan para petugas kesihatan di barisan hadapan apabila bekalan peralatan pelindungan diri (PPE) telah kehabisan.

Perkongsian video yang dimuat naik netizen Sera Bagus di Facebook menunjukkan seorang petugas kesihatan terpaksa menggunakan beg plastik biasa sebagai sebahagian pakaian pelindungan diri untuk menutup kepalanya. 

Sera Bagus/Facebook

Seorang petugas kesihatan mengambil beg plastik berwarna biru, mengukurnya ke wajah salah seorang rakan setugas, memotongnya di bahagian tengah sebelum menyarungkannya pada bahagian kepala rakannya itu sebagai pakaian pelindung wabak.

Redha sahaja demi tugas kepada masyarakat dan negara, sementara menunggu bekalan peralatan PPE itu tiba.

Sera Bagus/Facebook

Selepas memakai lapisan pelindung plastik yang sementara itu, petugas ini disarungkan dengan topi pelindungnya secara berhati-hati dan kemas.

Sambil kedengaran suara latar belakang, “Biar lemas sementara, asalkan tidak lemas selamanya…”

Sera Bagus/Facebook

Video menyentuh hati ini membuktikan kesukaran yang harus dilalui oleh pasukan barisan hadapan kita untuk melayani dan merawat anda iaitu kalangan orang biasa yang merayu meminta pertolongan mereka sekiranya berasa sakit dengan simptom COVID-19.

Jadi, sekiranya anda tidak mahu menjadi salah seorang pesakit serta tidak mahu menyusahkan orang lain terutamanya para petugas perubatan yang berada di barisan hadapan, sila jangan menjadi jahil tentang betapa bahayanya pandemik ini. 

Sera Bagus/Facebook

Tolong kekal berada di rumah untuk menjaga diri sendiri serta ahli keluarga anda daripada dijangkiti wabak.

Wabak COVID-19 tidak peduli siapa anda, di mana anda berada atau apa sahaja latar belakang, bangsa dan agama anda. 

Bersimpatilah dengan pengorbanan pasukan barisan hadapan yang kepenatan menjaga para pesakit COVID-19 yang semakin bertambah setiap hari dengan bekalan peralatan perubatan dan pelindungan diri di hospital yang terhad.

Sera Bagus/Facebook

Syukur pada 23 Mac lalu, Kementerian Kesihatan telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah berjaya memperolehi stok bekalan PPE sebanyak 33 juta yang dapat menampung penggunaan semua fasiliti kesihatan di seluruh negara mulai minggu ini.

Apapun berita baiknya, kita semua perlu sentiasa berhati-hati dan kekal duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan demi memutuskan rangkaian COVID-19 sekaligus meringankan beban tugas pasukan barisan hadapan yang kita perlu tabik dan hargai pengorbanannya.

Sera Bagus/Facebook

Semoga anda semua kekal berada dalam lindunganNya atas pengorbanan melakukan tugas mulia penuh cabaran. Terima kasih, anda wira kami!

Tonton video menyentuh hati di bawah :

Sera Bagus/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular