Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas seluruh rakyat Malaysia dalam usaha untuk membendung wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan.

Hal ini bermakna semua orang perlulah mengehadkan pergerakan mereka dan sangat digalakkan untuk sentiasa berada di rumah. Semua rancangan perjalanan termasuk pulang ke kampung atau perjalanan ke luar negara perlulah ditangguhkan dahulu sehingga keadaan reda.

Namun, masih ada segelintir antara kita yang masih berdegil. Ada yang masih keluar sesuka hati, pulang ke kampung atau berkumpul beramai-ramai tanpa memperdulikan arahan yang telah dikeluarkan.

Hal ini bukan perkara yang remeh dan perlu ditangani segera. Perkara tersebut bahkan telah membuatkan YDP Agong tidak senang duduk. Apa yang berlaku ialah baginda telah turun padang untuk memantau sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram rasmi Istana Negara, kelihatan YDP Agong sedang memandu sendiri kenderaan untuk meninjau beberapa lokasi sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri telah turun padang untuk memantau keadaan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Baginda turut ditemani oleh putera baginda, Tengku Muhammad Shah.

Instagram

Jika dilihat, menerusi video itu baginda ada bertitah bahawa masih terdapat banyak kenderaan di atas jalan raya. tidak hanya itu, baginda Sultan Abdullah juga turut berkenan untuk melihat perjalanan sekatan jalan raya di tiga buah jalan raya utama di Kuala Lumpur.

Selain itu, Free Malaysia Today, baginda telah meluangkan hampir setengah jam di jalan-jalan yang terlibat untuk melihat sendiri akan perkembangan operasi di samping menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

@istana_negara/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Radio News (@astroradionews) on

@astroradionews/Instagram

Video tersebut telah menjadi tular di internet dan menerima pelbagai reaksi orang awam. Di Twitter contohnya ramai yang memuji tindakan baginda yang sanggup turun padang untuk melihat sendiri keadaan di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur.

@nicolewong89/Twitter

@Aweeff/Twitter

Pihak media, Bernama TV juga memuat naik semula video tersebut di Twitter sehingga menerima lebih daripada 3,000 komen netizen di platform media sosial itu.

@BernamaTV/Twitter

Maybe you're interested :

Share

Video Popular