Bersempena dengan Hari Polis ke-213, pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menawarkan kadar diskaun sebanyak 50% terhadap saman-saman tertentu bermula 25 hingga 29 Mac ini.

Perkara tersebut diuar-uarkan kepada orang ramai menerusi satu kenyataan oleh akaun rasmi Facebook PDRM.

Menurut Datuk Azisman Alias selaku Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, kempen tersebut dilancarkan dan boleh dilakukan secara dalam talian (e-Payment) selama 5 hari.

Difahamkan bahawa kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan orang ramai agar membayar saman secara dalam talian susulan penutupan kaunter saman di Ibu Pejabat Polis seluruh negara sejak 18 Mac lalu.

“Ini merupakan langkah JSPT bagi menggalakkan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini”, jelasnya dalam satu kenyataan.

“Inisiatif ini diberikan sebagai langkah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh masyarakat”, tambahnya.

Oleh yang berikut, orang ramai bolehlah melayari portal rasmi myEG ataupun Rilek untuk menjelaskan bayaran saman. 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular