Menjadi pencinta kucing atau pemilik kucing bukan sekadar menyintai haiwan peliharaan itu tanpa mengambil peduli akan tabiat, penjagaan kesihatan dan keselamatannya.

Contoh daripada insiden menyedihkan yang diceritakan oleh seorang pemilik kucing ini wajar dijadikan panduan buat pencinta kucing.

Betapa anda tidak boleh meletakkan sembarangan bunga kegemaran di dalam rumah sekiranya anda memelihara kucing.

Unsplash/Sekadar Gambar Hiasan

Kisah Juliet Chidlow misalnya yang berasa amat menyesal apabila dia fikir kucing kesayangannya, Kiki nampak cantik ketika berada bersebelahan jambangan bunga tulip yang baru dibeli.

Tanpa dia sedari akan bahaya bunga ini kepada Kiki ketika ia diletakkan di dalam rumah, Juliet telah merakamkan beberapa gambar si comel bersama bunga itu.

Nampak cantik, tetapi tidak lama selepas itu Juliet mendapati Kiki telah jatuh sakit dan kemudiannya disahkan meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Pexels/Sekadar Gambar Hiasan

Doktor haiwan memberitahu si comel malang ini telah memakan bunga tulip yang diletakkan oleh Juliet di atas meja di rumahnya dan kandungan toksin atau racun bunga itu telah merosakkan buah pinggangnya.

Kejadian kucing memakan bunga tulip atau bunga berbahaya lain di rumah bukanlah pertama kali. Ramai pemilik kucing pernah melalui pengalaman yang sama.

Unsplash/Sekadar Gambar Hiasan

Seorang pemilik kucing berkata, si comelnya tiba-tiba berkelakuan pelik seperti mengerang dan tubuh badannya menjadi kejang. Pada malam sebelumnya, kucing itu telah membuang najis di atas tilamnya, dan pada paginya dia mengerang seperti rasa kesakitan yang amat sangat di dalam perut.

Setelah dibawa ke hospital haiwan, doktor yang memeriksa mengesahkan fizikalnya baik-baik sahaja tetapi berkata kucing ini telah keracunan akibat memakan bunga.

Pexels/Sekadar Gambar Hiasan

Seorang pemilik kucing pula berkongsi pengetahuan dengan menyenaraikan tumbuhan dan bunga yang mampu memberi mudarat kesihatan membahayakan kepada kucing kesayangan yang suka mengunyah tumbuhan.

Antaranya, phoenix mandala, coleus, wisteria, yew, iron shirt, oak tree, iris, oleander, pupae parasitic, creeping green velvet, campsis, lili, blood tung, indian kansui tree, daffodil, morning glory (seri pagi), poinsettia, aloe vera (lidah buaya), lilac, evergreen, asparagus, tulip, rhododendron (azalea), hydrangea, arum, hyacinth, ivy, dan lily of the valley.

Unsplash/Sekadar Gambar Hiasan

Bunga atau tumbuhan ini akan memberi kesan dan gejala membahayakan seperti sama ada muntah, cirit-birit, keradangan kulit dan mulut, depresi, kekejangan atau lumpuh kaki, kerosakan buah pinggang, meningkatkan tekanan darah serta denyutan jantung tidak normal, koma sehingga boleh membawa maut.

Sebagai pemilik yang bertanggungjawab, anda seharusnya sedia maklum bahawa tumbuhan atau bunga yang berada di dalam senarai di atas mampu memberi mudarat kepada keselamatan dan kesihatan kucing anda.

Pexels/Sekadar Gambar Hiasan

Oleh itu, sila jangan bawa sembarangan bunga hidup cantik untuk dijadikan sebagai hiasan dalaman rumah yang kelak mungkin dapat dicapai oleh kucing anda lalu memakannya hingga mampu membahayakan nyawa.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular