Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan lanjutan tempoh penangguhan bayaran balik PTPTN sehingga 30 September 2020 susulan penularan COVID-19.

Menurut beliau, Kerajaan telah bersetuju memberi lanjutan masa penangguhan bayaran balik daripada 3 bulan kepada 6 bulan yang melibatkan jumlah kutipan RM750 juta. Penangguhan tersebut dijangka akan memberi manfaat kepada hampir 1.5 juta peminjam PTPTN.

YouTube | Berita RTM

Terdahulu, pada 19 Mac, Kerajaan telah mengumumkan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjamnya berkuat kuasa serta-merta selama tiga (3) bulan sehingga 30 Jun 2020.  

Pengumuman tersebut juga telah dikongsikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi laman rasmi Facebooknya. 

Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada semua peminjam PTPTN seperti yang dipersetujui oleh Kerajaan diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban para peminjam.

PTPTN

Namun begitu, menurut PTPTN, jika ada peminjam yang berhasrat untuk meneruskan potongan gaji / direct debit, permohonan tersebut hendaklah dibuat melalui Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/covid-19) mulai 23 Mac hingga 15 April 2020.

PTPTN

Walau bagaimanapun, PTPTN mengingatkan kepada semua peminjam bahawa ujrah dan kos pentadbiran berjalan seperti biasa sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik mulai 19 Mac 2020 sehingga 30 Jun 2020.

Para peminjam juga diingatkan agar tidak gusar mengenai rekod CCRIS kerana penangguhan tersebut tidak menjejaskan skor permarkahan CCRIS.

Rekod tunggakan di CCRIS adalah dikekalkan berdasarkan rekod CCRIS pada 18 Mac 2020 bagi sepanjang tempoh penangguhan tersebut (19 Mac 2020 sehingga 30 Jun 2020).

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL Pendidikan

Video Popular