KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bank-bank tempatan akan menawarkan moratorium – penangguhan bayaran balik pinjaman sedia ada bermula 1 April.

Penanggguhan ini adalah bersifat automatik sehingga 6 bulan dan terpakai kepada peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Usaha ini adalah bagi memastikan para peminjam yang terkesan susulan krisis penularan wabak COVID-19 dapat dibantu. Ia meliputi semua jenis hutang termasuklah pinjaman perumahan dan kereta.

Hutang kad kredit walau bagaimanapun tidak akan termasuk dalam penangguhan ini. Namun pemegang kad kredit yang menghadapi kekangan kewangan boleh memilih untuk menukar baki kad kredit kepada pinjaman berangka.

“Sektor korporat boleh berunding dengan bank masing-masing untuk menyusun semula pembayaran balik yang sesuai dengan keadaan perniagaan mereka”.

“Ini adalah penting untuk membolehkan syarikat-syarikat terus berkemampuan untuk mengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktiviti perniagaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Penangguhan ini terpakai kepada pinjaman dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) dan bagi hutang yang tidak tertangguh melebihi 90 hari pada 1 April.

Antara bank yang tersenarai adalah :

#1 Affin Bank & Affin Islamic Bank

The Malaysian Reserve

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS yang terjejas oleh COVID-19

#2 Agro Bank

NST

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan

#3 Alliance Islamic Bank

Wikipedia

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik pinjaman
  • Mengenepikan caj lewat untuk pinjaman atau pembiayaan

#4 Ambank

The Edge Market

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Kelulusan 24 jam untuk Kemudahan Bantuan Khas AmBank untuk PKS

#5 Bank Islam

Sarawak Directory

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik pinjaman

#6 Bank Muamalat

The Malaysian Reserve

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) enam bulan sehingga 31 Julai
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik pinjaman

#7 Bank Rakyat

Borneo Post Online

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) enam bulan sehingga 31 Julai
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik pinjaman

#8 Bank Simpanan Nasional

Harian Teknologi

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS dan perusahaan mikro yang terjejas oleh COVID-19

#9 CIMB Bank & CIMB Islamic Bank

Business Insider Malaysia

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan bayaran balik ansuran sehingga 2 tahun
  • Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS yang terjejas oleh COVID-19

#10 Hong Leong Bank & Hong Leong Islamic Bank

Nikkei Asian Review

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS yang terjejas oleh COVID-19
  • ‘Laluan (Lane) Keutamaan’ untuk pelanggan yang memohon pelan ini

#11 HSBC Bank & HSBC Amanah Malaysia Berhad

NST

  • Moratorium sehingga enam bulan untuk pinjaman, gadai janji, kad kredit, serta perbankan perniagaan runcit dan perbankan komersil
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Pelepasan kewangan tambahan untuk pelanggan perbankan komersil dan perbankan global

#12 Maybank & Maybank Islamic

The Malaysian Reserve

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS yang terjejas oleh COVID-19

#13 MBSB Bank

KLSE Screener

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran

#14 OCBC Bank & OCBC Al-Amin Bank

Yahoo News

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Dana Bantuan Khas untuk PKS untuk mengurangkan masalah aliran tunai jangka pendek

#15 Public Bank & Public Islamic Bank

Ringgit Plus

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran

#16 RHB Bank & RHB Islamic Bank

Sarawak Directory

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Kemudahan Bantuan Khas untuk PKS yang terjejas oleh COVID-19

#17 SME Bank

The Edge Markets

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga enam bulan
  • Penyusunan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran

#18 Standard Chartered Saadiq

Yelp

  • Bayaran keuntungan sehingga enam bulan moratorium untuk pelanggan runcit dan PKS yang terjejas

#19 UOB Malaysia

NST

Perbankan konvensional dan Islamik :

  • Moratorium (penangguhan pembayaran balik pinjaman) sehingga satu tahun
  • Semakan untuk memberi lebih banyak kemudahan kepada pelanggan yang memerlukan pembiayaan tambahan

Individu :

  • Moratorium sehingga enam bulan untuk pinjaman, gadai janji, kad kredit
  • Penstrukturan semula dan penjadualan pembayaran balik ansuran
  • Pembayaran balik faedah sehingga enam bulan atas pembayaran kad kredit

#20 Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan 2020, Bank Negara Malaysia menyediakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kemudahan bantuan khas berjumlah RM2 bilion.

Jika perniagaan anda terjejas ekoran COVID-19 dan sekurang-kurangnya 51% daripada saham anda dipegang oleh rakyat Malaysia, anda layak mendapat kemudahan ini.

Ini bermakna bahawa anda boleh meminjam sehingga RM1 juta, dengan kadar faedah sehingga 3.75% setahun tanpa cagaran, jaminan serta bayaran guaman yang dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna dinasihatkan merujuk kepada bank masing-masing.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular