Memandangkan situasi terkini COVID-19 di Malaysia dengan bilangan pesakit yang semakin meningkat setiap hari, jelas menunjukkan kekuatan pasukan perubatan dan sumber mereka dalam menangani wabak itu kini menjadi semakin terhad, tetapi mereka teguh berjuang serta tidak pernah berputus asa.

Setakat 24 Mac 2020, sebanyak 1,624 jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dengan 15 kes kematian dilaporkan. Manakala 183 pesakit telah sembuh sepenuhnya.

Dalam usaha menangani wabak yang sedang berlaku dengan lebih pantas dan efisen, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memutuskan bahawa pihak mereka akan memanggil kembali doktor dan jururawat bersara untuk menyertai barisan hadapan meneruskan perjuangan membasmi penularan pandemik global COVID-19.

@KKMPutrajaya/Twitter

Keputusan ini dibuat untuk memperkukuh dan memperkuat barisan hadapan sedia ada, apabila lebih ramai pesakit COVID-19 dikenal pasti. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu dalam kenyataannya pada 23 Mac 2020 bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mensasarkan untuk memanggil kembali lebih daripada 2,000 profesional jagaan kesihatan terlatih untuk bertindak secepat mungkin.

@DGHisham/Twitter

“Kami sedang dalam proses meneliti bagaimana kami boleh meningkatkan sumber manusia, termasuk meningkatkan jumlah doktor dan jururawat,” kata Dr Noor Hisham.

“Apa yang penting sekarang, kami sedang mencari mereka yang sudah lama berkhidmat serta berpengalaman seperti jururawat dan pakar perubatan yang telah bersara. Mereka boleh membantu kami.” katanya.

Kementerian sedang berusaha mendaftar dan menemuduga sukarelawan untuk mengetahui di mana mereka pernah berkhidmat sebelum ini.

@KKMPutrajaya/Twitter

Bagi mereka yang sedang berkhidmat di pelbagai peringkat tugas kesihatan di Malaysia dan para pesara kesihatan yang akan menyertai perjuangan barisan hadapan, terima kasih diucapkan atas sumbangan anda demi menjaga negara dan keselamatan rakyat Malaysia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular