Pihak kerajaan menegaskan bahawa hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat-ubatan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan iaitu ketua keluarga.

Gambar hiasan/YouTube

Ianya diumumkan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Fadhillah Yusof menerusi satu sidang media khas baru-baru ini, sementara kebenaran untuk membawa ahli keluarga lain pula bergantung kepada budi bicara pihak polis.

Oleh yang demikian, menerusi satu tweet, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada berkongsi langkah selepas pulang daripada membeli barangan keperluan di luar dan orang ramai disarankan untuk mengikutinya.

@KKMPutrajaya/Twitter

#1 Buang topeng muka dan masukkan ia ke dalam plastik lalu buang ke dalam tong sampah. Ingat, hanya pegang pada talinya sahaja

Gambar hiasan/Unsplash

#2 Elakkan daripada menyentuh ahli keluarga

#3 Pergi ke tandas, buka pakaian dan rendamkannya di dalam sabun

Gambar hiasan/Photo-AC

#4 Mandi dengan sabun. Bersihkan juga bahagian muka, tangan dan seluruh tubuh

Gambar hiasan/Photo-AC

#5 Kemudian barulah anda selamat untuk bertemu dengan ahli keluarga yang lain!

Ikuti langkah ini untuk mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku pada keluarga anda. Apa yang penting, duduk sahaja di rumah dan hanya keluar jika mahu membeli barangan keperluan sahaja.

Jika di luar pula, hadkan jarak antara satu sama lain sebanyak 1 meter dan lakukan pembelian dalam masa yang singkat sahaja ya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular