Pakar bedah pelatih dari Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom, Dr Nur Amalina Che Bakri telah menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba bahawa minum air suam dapat membantu mencegah jangkitan COVID-19.

Dr Amalina Bakri/Instagram

Sebelum itu, pengguna media sosial rata-ratanya telah berkongsi rakaman video wawancara Bicara Naratif oleh RTM yang menunjukkan Dr Adham menyarankan rakyat Malaysia agar memastikan tekak dan mulut sentiasa dalam keadaan yang lembap.

Langkah tersebut menurutnya bakal membawa virus itu menuruni saluran esofagus hingga ke usus untuk dibunuh oleh asid perut. Perkara tersebut menarik minat seorang peguam, Syahredzan Johan untuk bertanya dengan lebih lanjut pada Dr Amalina akan kebenarannya.

DrAmalinaBakri/Twitter

Dr Amalina kemudiannya membalas pertanyaan tersebut dengan menjawab bahawa ianya tidak disarankan oleh para doktor dan ia juga bukan berasaskan kepada bukti untuk menyokong kenyataan berkenaan.

“Tiada juga bukti bahawa asid perut dapat membunuh virus tersebut”, namun tambahnya lagi, minum air sememangnya baik untuk memastikan anda kekal terhidrat tetapi ia tidak berupaya mematikan virus di dalamnya.

Untuk lebih jelas, haba kira-kira pada 60 darjah Celsius mampu mematikan virus tersebut di luar badan namun apabila ia sudah memasuki tubuh manusia, minum air panas sekali pun tidak berupaya untuk melemahkan virus berkenaan.

Beliau kemudian menyarankan tips sebetulnya adalah dengan menjaga kebersihan, mencuci tangan dan elak menyentuh pada muka. Amalkan etika batuk dan bersin yang betul selain duduk di rumah serta amalkan jarak sosial sekurang-kuranya 1 meter antara satu sama lain.

Sebelum ini di United Kingdom, pihak BBC menerusi laporan telah menyangkal khabar angin yang mengatakan bahawa minum air pada setiap 15 minit dan menjaga tahap kelembapan mulut berupaya melindungi diri daripada COVID-19.

WHO

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) juga telah menolak mitos ini. Sungguhpun begitu, organisasi berkenaan juga ada menjelaskan bahawa tindakan itu adalah baik untuk kekalkan hidrasi tubuh tetapi ia tidak menghalang penyebaran Covid-19.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular