Tidak dapat kita zahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga buat para petugas perubatan yang bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka dalam menjamin tahap kesihatan para pesakit khususnya mereka yang dijangkiti COVID-19.

Kekuatan dan semangat mereka akan sentiasa diingati dan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Mereka bukan sahaja berkorban masa dan tenaga bahkan mereka meletakkan risiko kesihatan mereka sendiri demi berkhidmat kepada negara.

Atas sebab itu, kami akan berkongsi lagi foto dan mesej penting daripada para kakitangan perubatan di seluruh negara agar wajah-wajah ini akan sentiasa diingati oleh setiap rakyat Malaysia.

#1 Dr Jessy Cheng, pakar perubatan dalaman Unit Nefrologi di Hospital Kuala Lumpur

“Setiap kali saya meninggalkan anak perempuan saya di Pulau Pinang, pasti saya akan mengalirkan air mata. Namun kini tiba masanya untuk kita melawan virus. Semua pasti rindukan keluarga masing-masing. Sebagai kakitangan perubatan, kami harap ‘peperangan’ ini akan segera berakhir”.

#2 Dr Mahfuzah Azmilumur, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kuala Perlis

Mahfuzah Azmilumur/Facebook

“Menjadi petugas barisan hadapan adalah menakutkan. Kami tidak tahu siapa yang dijangkiti ataupun tidak. Kami juga tidak tahu siapa yang berkata benar atau menyembunyikan sesuatu. Dalam pada kami meminta anda semua kekal di rumah, kami merisikokan diri sendiri. Mari bersama-sama menentangnya, rakyat Malaysia. Duduk di rumah, amalkan jarak sosial dan kerap membasuh tangan. Mari bersama-sama kita akhiri pandemik ini”.

#3 Leong Keen Wai, pegawai perubatan di Hospital Putrajaya

Leong Keen Wai/Facebook

“Jangan tipu jika anda mempunyai kontak dengan pesakit yang positif atau hadir ke perhimpunan tabligh atau mengalami kesukaran untuk bernafas. Jangan buat menjerit dan memarahi kami kerana kami mempunyai garis panduan untuk diikuti. Tutup mulut jika batuk dan bersin. Jika ke hospital, jangan curi penutup muka dan hidung serta cecair pembasmi kuman”.

#4 Dr Saidatul Akmar, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Gunung Rapat, Perak

Saidatul Akmar/Facebook

“Kami risau akan sebarang kemungkinan yang mungkin tiada kesudahan namun ia tidak menghalang kami daripada melaksanakan tugas dengan sebaiknya. Jadi bantu kami untuk menjaga anda. Nyawa anda sangat berharga buat kami. Kepada rakan seperjuangan, bertahan dan ingat untuk menjaga diri anda dahulu sebelum menjaga orang lain”.

#5 Dr Suriya Pragash, pengamal perubatan di Kuantan

Suriya Pragash/Facebook

“Penghargaan buat kesemua doktor yang berjuang melawan COVID-19 di seluruh dunia. Kita pasti akan menang dalam pertarungan ini”.

#6 Nik Abdul Muhaymin, pembantu perubatan dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Kelantan

Nik Abdul Muhaymin/Facebook

Beliau terlibat dalam proses transportasi pengambilan sampel dan pemeriksaan kesihatan berkaitan dengan COVID-19. “Pada pendapat saya, peranan orang ramai dalam rancangan pengurusan krisis sangat penting dalam penyediaan pendekatan komuniti. Adalah sukar atau mustahil untuk menarik penglibatan orang ramai kerana tahap persepsi masyarakat terhadap risiko”.

#7 Low Su Syean, ahli farmasi di Seberang Jaya, Pulau Pinang

Low Su Syean/Facebook

“Sila elakkan keluar daripada rumah. Amalkan langkah kebersihan diri yang baik. Kekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan berkata benar dengan kakitangan perubatan. Hentikan penyebaran khabar angin”.

#8 Dr Siti Sarah Razak, pegawai perubatan daripada Unit ENT

Siti Sarah Razak/Facebook

“Saya akan berpisah sementara dengan suami yang bertugas di barisan hadapan untuk beberapa minggu ataupun bulan. Kami di unit ENT kini berada dalam keadaan bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa sahaja. Jaga diri semuanya”.

Kepada semua pasukan perubatan, terima kasih atas segala penat lelah, keletihan fizikal dan mental yang dialami, selain kurang masa bersama keluarga ketika waktu yang suram dan mencabar ini. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Semoga semuanya dilindungi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular