- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Sahut seruan Perintah Kawalan Pergerakan, pemilik sebuah pasaraya di Bintulu bantu orang ramai dengan sumbangan beras dan biskut

Bagi membendung wabak COVID-19 yang semakin meruncing pihak kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan di mana semua orang harus mengehadkan pergerakan mereka ke luar.

Orang ramai hanya dibenarkan keluar rumah bagi melakukan kerja-kerja yang penting sahaja. Bagi mereka yang tiada keperluan mereka disarankan untuk duduk di rumah.

Ekoran gesaan itu ramai yang mula berhadapan dengan kesukaran terutama mereka yang perlu bekerja untuk mendapatkan nafkah sehari-hari. Pendapatan mereka terjejas sehingga ada yang bimbang bagaimana untuk menyara keluarga.

Namun, di sebalik kegusaran itu ada golongan baik hati yang sanggup datang untuk membantu.

Facebook [1]

Itulah yang berlaku di Bintulu, Sarawak apabila sepasang pemilik pasaraya sanggup menyumbangkan makanan asas seperti beras dan biskut kepada penduduk yang kurang kemampuan.

Facebook [1]

Mengikut sebuah status di Facebook, pasangan baik hati yang tidak mahu mendedahkan identiti mereka itu  telah menyumbang sebanyak 50 kampit beras dan 50 tin biskut untuk dihulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan tersebut diberikan kepada golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang mula dikuat kuasa selama dua minggu bermula pada 18 hingga 31 Mac.

Facebook [1]

Facebook [1]

Status Facebook itu telah menerima ribuan komen netizen yang rata-rata memuji apa yang mereka lakukan. Ramai juga yang mendoakan supaya mereka berdua dikurniakan rezeki kerana menghulurkan bantuan tersebut. Status tersebut juga telah dikongsikan lebih daripada 7,000 kali setakat ini di Facebook.

Facebook [1]

Diharapkan agar ada lebih banyak pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan seperti ini kerana ramai yang sememangnya terjejas dengan gesaan ini. Ini adalah contoh terbaik yang boleh diikuti oleh mereka di luar sana.

Apa-apa pun teruskan mengikuti arahan kerajaan, jaga jarak sosial, duduk di rumah dan jangan keluar!

loading...