Haiwan peliharaan seperti anjing misalnya juga turut berasa bosan di rumah jika ditinggalkan. Ketiadaan pemilik di rumah memberikan mereka ‘idea’ untuk menghilangkan kebosanan, apatah lagi apabila perbuatan itu dapat juga mengenyangkan perut mereka!

Tular beberapa keping foto di laman Twitter baru-baru ini yang menunjukkan seekor anak anjing nakal, kelihatannya seperti berlumuran ‘darah’. Namun hakikatnya agak melucukan, yang langsung tidak dijangka.

@chrissytwittwit/Twitter

Ia dikongsikan oleh seorang pengguna yang menggunakan nama akaun @chrissytwittwit (kredit : Candy The Corgi Official) dan sehingga kini telah menerima lebih 81,000 retweet oleh warga Twitter. Mana tidaknya, lihatlah wajah polos anjing tersebut setelah melakukan ‘kesalahan’.

Candy The Corgi Official/Facebook

Sepulangnya pemilik anjing tersebut di rumah, dia berasa terkejut dan menyangka bahawa anjing kesayangannya itu sudah tidak bernyawa ekoran berlumuran darah. Tetapi sebenarnya anak anjingnya itu curi makan buah naga sehingga tertidur kekenyangan!

Candy The Corgi Official/Facebook

Pandai betul anjing bernama Candy ini membuatkan tuannya berasa cemas. Makan buah naga sehingga comot, di tambah pula dengan posisi tidur terlentang sebegitu sudah pasti mengundang rasa gelisah buat pemiliknya.

Candy The Corgi Official/Facebook

Berdasarkan sumber, Candy sememangnya kuat tidur dan lazimnya akan mudah sahaja tertidur dalam posisi sedemikian. Candy juga boleh tertidur di mana-mana sahaja. Nampaknya, pemilik Candy perlu sentiasa mengawasinya…

Candy The Corgi Official/Facebook

Dengan wajah yang comel seakan patung beruang, sudah pasti ia membuatkan pemiliknya berasa tidak sampai hati ingin memarahi Candy. Nakal betul curi makanan ya?

Semoga Candy membesar dengan sihat dan sentiasa diberikan kasih sayang tidak berbelah bahagi daripada pemiliknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular