Malaysia berduka apabila dilaporkan penambahan 2 kes kematian pada 22 Mac 2020. Kurang 6 jam daripada kes kematian kesembilan pada 10.33 pagi yang melibatkan seorang doktor KKM.

Terbaharu kes kematian kesepuluh yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan daripada kluster tabligh dilaporkan.

Warga emas yang berusia 74 tahun itu dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 13 Mac lalu. Sejak itu, beliau diberikan bantuan pernafasan memandangkan kesihatannya kian merosot dan meninggal dunia pada 4.05 petang.

Bagi kes kematian kesembilan pula, ia merupakan kes kematian pertama dalam kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun. Beliau merupakan seorang doktor perubatan KKM yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Turki.

Pada 17 Mac 2020, beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar setelah mengalami simptom Severe Acurate Respiratory Infection. Pada 18 Mac 2020, beliau disahkan positif COVID-19. Beliau diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merundum. Pada 10.33 pagi 22 Mac 2020, beliau disahkan meninggal dunia.

Disyaki kematian tersebut berkait dengan sejarah perjalanan beliau ke luar negara dan bukannya daripada kalangan barisan hadapan (frontliners) atau rakan sekerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19.

Berikut adalah ringkasan #COVID-19 di Malaysia setakat 22 Mac 2020.

Twitter | KKM

Takziah diucapkan kepada ahli kedua-dua buah keluarga arwah.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular