Dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, pihak kerajaan seperti yang kita tahu telah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac lalu sehinggalah 31 Mac akan datang.

Arahan tersebut terpakai buat semua rakyat termasuklah buat golongan pelajar di semua institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta institusi kemahiran seluruh negara, di mana semua aktiviti pembelajaran perlu dihentikan buat sementara waktu.

Muhyiddin Yassin/Facebook

Sehubungan dengan arahan itu, kita dapat lihat banyak pihak pengurusan universiti awam mahupun swasta mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka akan menjalankan sesi pembelajaran secara dalam talian.

Seperti yang dilaporkan, terdapat sebahagian pelajar-pelajar yang memutuskan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing namun tidak kurang juga terdapat mereka yang terpaksa tinggal di kampus.

Khairy Jamaluddin/Facebook

Berasa terpanggil untuk menghulurkan bantuan, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) misalnya ada menyediakan bantuan makanan secara percuma kepada para pelajar yang berada di kolej kediaman.

Selain daripada itu, mereka turut dibekalkan dengan barangan keperluan diri secara percuma, di mana ia difahamkan adalah hasil yang disumbangkan oleh para alumni dan juga daripada pihak luar.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini tular satu tweet oleh seorang pengguna Twitter, @MzFiqa yang mengucapkan terima kasih kepada Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di atas sumbangannya.

@MzFiqa/Twitter

Sumbangan tersebut berupa barangan keperluan asas serta makanan yang disalurkan khas kepada para pelajar UPM. Namun apa yang mencuri perhatian adalah bekalan tuala wanita.

@MzFiqa/Twitter

@MzFiqa/Twitter

@MzFiqa/Twitter

Ya, sering kali tuala wanita kurang diberi perhatian lebih-lebih lagi dalam situasi begini. Ini mengambil kira harga jualan tuala wanita kini juga agak mahal. Sudah tentu ia membebankan para pelajar, bukan?

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter, di mana rata-ratanya memberikan pujian terhadap keprihatinan yang ditunjukkan oleh ahli parlimen Rembau berkenaan.

@MzFiqa/Twitter

@MzFiqa/Twitter

@MzFiqa/Twitter

@MzFiqa/Twitter

Menurut sumber, sumbangan Khairy Jamaluddin tersebut disalurkan menerusi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) (TNCHEPA) untuk diedarkan kepada setiap kolej kediaman di UPM.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular